1. Sofia Jirau
Menjadi tajuk berita global baru-baru ini, Sofia Jirau merupakan model Puerto Rico berusia 24 tahun dengan sindrom Down yang terpilih menghiasi kempen Love Cloud Collection Victoria’s Secret. Pernah berjalan di pentas Minggu Fesyen New York, dia mencipta sejarah sebagai model sindrom Down pertama yang dipilih untuk membintangi kempen jenama pakaian dalam popular itu.