2. Winnie Harlow
Merupakan peserta rancangan America’s Next Top Model, bakatnya dicungkil oleh supermodel dan pengacara popular, Tyra Banks. Walau gagal bergelar juara pertandingan itu, Winnie yang menghidap vitiligo berjaya mencipta nama dalam dunia peragaan dan berjalan di pentas pertunjukan fesyen seluruh dunia. Dia turut menjadi pilihan jenama besar seperti Fendi, Tommy Hilfiger, Marc Jacobs dan Victoria’s Secret untuk menghiasi kempen fesyen.