3. Jillian Mercado
Model berusia 35 tahun ini memulakan kerjaya dalam dunia fesyen sebagai pelajar di institusi berprestij, Fashion Institute of Technology di New York. Terpaksa menggunakan kerusi roda kerana mengalami distrofi otot, Jillian merupakan salah seorang model kurang upaya paling menonjol dalam industri fesyen global. Dia bukan sahaja pernah bekerja dengan jenama popular seperti Diesel dan gedung terkenal Nordstorm, malah pernah dipaparkan dalam kempen untuk mempromosi muzik Beyonce serta konsert jelajah dunia Formation pada 2016.