Pereka fesyen ikonik British, Vivienne Westwood menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di London dikelilingi ahli keluarga tersayang. EH! bariskan lima momen ikonik Vivienne Westwood sepanjang hidupnya.
Tanggal 29 Disember 2022 menjadi satu detik pedih bagi industri fesyen Britain apabila pereka fesyen dan aktivis Vivienne Westwood meninggal dunia. Pereka fesyen yang terkenal dengan idea fesyen berilhamkan punk itu dianggap sebagai game changer. Sepanjang kariernya, Vivienne sangat bijak menghawinkan pelbagai inspirasi dengan idea punk, rekannya tidak konservatif, sering sahaja bersifat provokatif. Gaya-gaya selamat bukanlah permainannya.
Tidak Memakai Seluar Dalam Ke Istana Buckingham
Pada tahun 1992 Vivienne diundang ke Istana Buckingham untuk bertemu dengan Queen Elizabeth II. Dia hadir dengan penampilan yang cukup tertib, lengkap dengan tailored suit dan bertopi. Namun yang menjadi kejutan ialah apabila dia berpusing mengembangkan skirtnya sewaktu jurugambar mengambil gambarnya, mereka terakam momen yang terlihatkan Westwood tidak memakai seluar dalam. Gambar tersebut menjadi tular dan buah mulut.