Vivienne Westwood Untuk Carrie Bradshaw
Di dalam pop culture era 2000-an, Vivienne Westwood kembali popular apabila gaun putih rekaannya menjadi pilihan sebagai gaun perkahwinan watak Carrie Bradshaw di dalam filem Sex & the City. Dalam salah satu babak filem itu, Carrie membuka parcel yang dikirim Vivienne Westwood berisi gaun putih yang digayakan Carrie untuk penggambaran majalah Vogue. Filem yang diadaptasi dari siri popular Amerika itu mengutip kutipan box-office lebih US$415 juta di seluruh dunia.