Buffalo Hat Pharrel Williams
Pada tahun 2014 sewaktu hadir Grammy Awards, Pharrel Williams mencuri perhatian apabila muncul dengan Buffalo Hat yang diambil dari arkib fesyen Vivienne Westwood. Topi itu pernah muncul sewaktu pementasan koleksi musim luruh/dingin 1982/83 Vivienne Westwood. Sejak itu, Pharrel seringkali sahaja dilihat muncul dengan gaya topi itu dan gayanya tular dan menjadi ikutan seluruh dunia. Topi yang digayakan Pharrel Grammy Awards dilelong di e-bay dan berjaya terjual pada harga US43 ribu, dan duit itu didermakan kepada From One Hand to Another, satu organisasi yang membantu sistem pendidikan.
BACA: Thierry Mugler Meninggal Dunia, Ini Ilham Fesyennya Yang Tular Di Era 2000-an