Minggu Fesyen Paris antara majlis yang paling ditunggu dan jenama fesyen yang sertai kali ini berjaya memecahkan rekod fesyen baharu dan momen terbaik sepanjang zaman.
Apabila bercakap tentang fesyen, tiada apa yang mengalahkan rancangan haute couture di Minggu Fesyen Paris.
Musim bunga/panas 2024 kali ini bermula dengan hebat apabila Schiaparelli menarik perhatian orang ramai dengan koleksi uniknya. Turut kelihatan Zendaya mempamerkan micro bangs bersama rambut panjang lurus, gaya baharu yang menarik perhatian orang ramai. Kemudian, pelakon dan penyanyi kelas A – Rihanna, Natalie Portman dan Elizabeth Debicki watak utama dalam monokrom di Dior.
Semak 5 momen terbaik yang berlaku di Minggu Fesyen Paris 2024:
#1 Anak Robotik Schiaparelli
Daniel Roseberry menghabiskan masa selama enam bulan untuk membawakan gimik baharu di Minggu Fesyen Paris 2024!
Dan ternyata ianya berhasil apabila Schiaparelli memperkenalkan koleksi Couture 2024 di Minggu Fesyen Paris dengan patung saiz kanak-kanak dihiasi dengan perincian dramatik, disulam dengan kristal Swarovski, bateri lama, cip elektronik, telefon dan sisa elektronik dari era pra-iPhone.
#2 All eyes on Kylie Kardashian
Keluarga Kardashians sentiasa menjadi perhatian utama di Minggu Fesyen Paris.
Begitu juga dengan kehadiran anak mereka yang sedang berjinak untuk mengikuti mak mereka ke majlis fesyen ini.
Kylie Jenner dan Stormi Webster, 5, melangkah keluar dalam penampilan terkoordinasi ikonik untuk jenama Valentino Haute Couture Spring/Summer 2024 pada 24 Januari. Pasangan mak dan anak itu memakai busana hitam dengan perhiasan berbulu — Kylie memilih gaun tanpa tali manakala Stormi dibaluti kot hitam yang sepadan.
#3 Solekan Porcelain Doll Dari Maison Margiela
Pertunjukan Couture Musim Bunga/Musim Panas 2024 John Galliano dari Maison Margiela mengejutkan dunia!
Keajaiban solekan yang dicipta oleh Pat McGrath sendiri, pasti menjadi memori yang tak terlupakan dek zaman kerana solekan pada model itu menyerupai anak patung porselin yang sempurna dengan kulit yang sangat glowing, pembayang mata yang mempesonakan, kening berpensel dan warna gincu yang berani, menggemakan rupa ’20-an yang kali terakhir dihasilkan oleh McGrath untuk pertunjukan Dior Autumn/Winter John Galliano pada tahun 2009.
Diinspirasikan oleh lokasi pertunjukan, di bawah bulan purnama di Sungai Seine, jurusolek itu memastikan kulit setiap model kelihatan seolah-olah dicium oleh cahaya bulan.
#4 Bukan Lana Del Rey
Semua mata tertumpu pada Lana Del Rey a.k.a Simone Rocha yang bersolek dan berlakon menyerupai penyanyi tersebut hingga membuatkan peminat percaya bahawa itu adalah Lana Del Rey yang sebenar.
Busana dalam lapisan tulle berperingkat, smokey cat-eye dengan lingkaran cahaya langit pada kepala sambil memegang sekuntum bunga ros, Simone Rocha nampak manis dan hidup seperti penyanyi Cinnamon Girl.
#5 Patung Hidup Gwendoline Christie
Pelakon The Game of Thrones menutup pertunjukan musim bunga/musim panas 2024 Maison Margiela di Minggu Fesyen Paris pada Khamis lalu dengan transformasi yang memukau mata.
Dari hujung rambut hingga ke kaki, aktres itu kelihatan telah bertukar menjadi anak patung porselin bersaiz sebenar. Pakaian Christie terdiri daripada sarung tangan opera putih, seluar ketat dan kasut, serta gaun getah bersama korset biru berjalur.
Dia turut memperagakan rambut palsu berambut perang kerinting dengan solek padan dari artis solek terkenal Pat McGrath.
Baca: 11 Gaya Selebriti Di Pertunjukkan Schiaparelli Musim Bunga/Panas 2024