Miss Universe 2017 menjadi milik wakil Perancis, iaitu Iris Mittenaere yang membawa pulang gelaran itu pada Isnin lalu di Manila Filipina.
Ini sekaligus menjadikan dirinya sebagai Miss France kedua yang pernah dipakaikan mahkota Miss Universe ini. Anak kelahiran Lille ini meraikan akar umbinya dengan persalinan pakaian berinspirasikan Moulin Rouge.
Bahkan dia juga mempunyai pendapat sendiri tentang krisis pelarian di seluruh benua. Ini dia lima perkara tentang Miss Universe 2017, Iris Mittenaere yang anda patut tahu.
1. Kemenangannya adalah kemenangan besar untuk Perancis dan Eropah!
Mittenaere tidak hanya bergelar Miss France yang kedua dinobatkan sebagai Miss Universe, yang mana sebelum ini Christiane Martel. Bahkan, Mittenaere juga merupakan pemenang pertama di Eropah sejak tahun 2002. Oksana Federova dari Rusia pernah memenangi tempat ini pada tahun 2002 tetapi kemudiannya dia meletakkan jawatan.
2. Dia juga kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di dalam bidang pakar pergigian.
Inilah sebabnya dia akan menggunakan platform nya untuk mempromosikan kebersihan mulut, gigi dan gusi.
3. Dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-24 ketika persiapan untuk memasuki Miss Universe.
Mittenaere menyambut hari jadinya dengan sebuah kek yang dibuat khas untuk pada 26 Januari lepas selepas hari ulang tahunnya,
4. Dia suka memasak.
Mittenaere kerap berkongsi gambarnya memasak menerusi laman Instagram. Baru-baru ini dia berkongsi gambarnya memasak bersama chef Michelin iaitu Frédéric Anton.
5. She’s all about #NoBanNoWall.
Miss Universe ini dengan bangganya menjawab satu soalan mengenai krisis pelarian secara global dengan satu mesej. “Di Perancis kami mahukan sebaik-baik globalisasi yang boleh. Kami mahukan pertukaran orang yang lebih pesat yang boleh. Mungkin satu hari nanti kita akan berubah, tetapi sekarang ini kami membuka sempadan secara meluas,” kata Mittenaere. Tambahnya lagi, “mempunyai pintu sempadan yang terbuka luas membenarkan kami untuk mengembara lebih jauh ke dunia luar dan mencari lebih banyak ilmu di seluruh benua.”