Serlahkan diri dengan koleksi sniker baharu dari lima jenama yang bukan sahaja stylish tetapi selesa!
Sniker adalah item yang sangat penting, terutamanya bagi mereka yang menyukai gaya jalanan dan sporty. Lebih daripada sekadar kasut, sniker telah berkembang menjadi elemen utama dalam dunia fesyen moden dan gaya hidup seharian. Dengan reka bentuk yang serba boleh, ia bukan sahaja digunakan untuk aktiviti sukan, tetapi juga menjadi simbol ekspresi diri dan pernyataan gaya yang mencerminkan personaliti pemakainya.
EH! bariskan lima sniker menjadi pilihan kami bulan ini, yang anda perlu ada!
New Balance X Miu Miu 530 SL leather sneakers
Gaya kulit vintaj eksklusif ini adalah hasil kolaborasi istimewa antara **Miu Miu dan New Balance**. Miu Miu memperbaharui sepenuhnya struktur asal, menjadikannya **ultra ringan**, sambil bermain dengan rekaan tali kasut dalam warna dan tekstur yang kontras. Logo jenama melengkapkan reka bentuk dengan sentuhan ikonik yang tersendiri.
Beli di sini.
FENTY x PUMA Avanti LS Stitched Sneakers Unisex
Ini adalah Avanti LS seperti yang anda belum pernah lihat sebelum ini. Hadir dalam dua warna yang berani dan menawan, Avanti LS Stitched menampilkan perincian crochet dan jahitan serta tapak getah klasik kasut bola sepak. Diilhamkan oleh kasut bola sepak lagenda PUMA KING, Avanti LS Stitched sedia untuk beraksi.
Menampilkan siluet yang diadaptasi dari kasut taekwondo klasik, sneaker ini membawa gaya martial arts ke pentas streetwear dengan sentuhan feminin yang lembut dan kontemporari. Diperbuat daripada material berkilat dengan kemasan satin dalam rona merah jambu pastel yang manis, ia menggabungkan elemen sporty dan elegan secara harmoni.
Beli di sini.
Coach SOHO Sneaker
Dengan siluet klasik bertemakan gaya sukan era ’90-an, Soho Sneaker daripada Coach ini menawarkan rekaan bersih dan sofistikated. Dibina daripada kulit berkualiti tinggi dalam rona putih krim yang elegan, ia menampilkan perincian logo “C” ikonik di bahagian sisi — memberikan sentuhan jenama yang halus tetapi tetap menonjol.
Beli di sini.
PUMA Speedcat Ballerina
Puma Speedcat Ballerina ialah kasut wanita bergaya sporty yang diilhamkan daripada reka bentuk kasut balet. Tidak dapat dinafikan, kasut ini menjadi kegilaan para wanita di luar sana kerana reka bentuk yang cukup feminin, sesuai digayakan dengan apa jua pakaian.
Terdapat empat warna pilihan, pasti membuatkan anda rambang mata untuk membuat pilihan.
Beli di sini.
Baca: Tampil Bergaya dan Selesa dalam Koleksi Skechers GOwalk Max Cushioning Arch Fit