Swimwear yang tepat boleh buat gaya percutian anda lebih menyerlah. Ini pilihan terbaik yang wajib anda cuba!
Musim pantai, pool party atau short getaway di pulau memang tak lengkap tanpa swimwear yang cantik, selesa dan buat kita rasa confident. Zaman sekarang, swimwear bukan sekadar untuk berenang, ia juga boleh jadi fashion statement.
EH! senaraikan swimwear terbaik yang wajib anda cuba, tak kira apa bentuk badan atau gaya anda.
Ozero Swimwear, Malawi Top in The Datai Print Umber
The Datai Print Umber tampil sebagai bikini dua helaian eksklusif yang memancarkan sentuhan mewah dan sofistikated buat jenama Ozero Swimwear. Rekaan ini menawarkan coverage kecil ke sederhana dengan tali bahu boleh larasuntuk keselesaan peribadi.
Side boning membantu membentuk siluet yang kemas, manakala padding boleh ditanggalkan memberi fleksibiliti mengikut gaya anda. Dilengkapi lapisan penuh, bikini ini bukan sahaja selesa malah tampak elegan, pilihan sempurna untuk percutian bergaya dan OOTD pantai yang effortless chic.
Barbie™ x Cakenis menampilkan swimwear modest pertama Barbie di Asia Tenggara, sesuai untuk si glam girly mahupun ibu yang ingin berkongsi momen Barbie bersama anak. Set tiga helaian ini diperbuat daripada material premium yang ringan dan cepat kering, lengkap dengan sut berlengan panjang, seluar renang labuh dan kaftan chiffon bercetak sedondon, gabungan sempurna antara gaya, keselesaan dan sentuhan magis Barbie.
Harga: RM399
Tampil mencuri perhatian dengan Nova Plaid Double Layer Bikini Set in Orange yang memancarkan gaya ceria dan penuh karakter. Corak plaid yang bold memberi sentuhan playful namun tetap chic, dipadankan dengan fabrik dua lapis yang membentuk siluet lebih kemas dan selesa.
Dilengkapi padding yang boleh ditanggalkan serta tali boleh laras tanpa underwire, bikini ini direka untuk keselesaan maksimum sepanjang hari. Sama ada bersantai di tepi kolam atau menikmati sinaran matahari, gayakan bersama Nova Plaid Mini Skirt sedondon untuk penampilan pantai yang segar, stylish dan effortlessly standout.
Harga: RM159
Ariani, Freestyle Bodysuit Top In Black
Set swimwear Ariani ini lengkap dengan t-shirt, seluar dan skirt, direka untuk gaya yang praktikal tetapi tetap chic. Turtleneck bodysuit dengan snaps memberi keselesaan dan kemudahan, manakala skirt gaya tulip berfungsi sebagai hip cover yang elegan.
Diperbuat daripada polyblend spandex, materialnya ringan, fleksibel dan cepat kering, sempurna untuk penampilan pantai yang bergaya dan selesa sepanjang hari.
Malibu Swimwear
Tropicale, terinspirasi daripada impian tentang syurga tropika di tengah malam. Setiap helaian diperbuat daripada material dua lapis, memastikan kualiti premium, ketebalan yang sempurna dan keselesaan maksimum. Gabungan ideal antara gaya mewah dan rasa selesa sepanjang hari.
Harga: RM60










