PEDRO telah melancarkan himpunan musim bunga/panas 2021 yang merangkumi aksesori penting wanita. Yakni tas tangan, sepatu dan dompet dalam variasi inspirasi, rupa dan fungsi. Rekaan yang cantik semestinya menjadi keutamaan, selain pratikal dan versatil untuk mengolah pelbagai stail mengikut kesesuaian. Tambahan lagi, golongan wanita hari ini semakin berani berekspresi untuk menonjolkan identiti.
Melangkah ke musim baharu, PEDRO semakin bebas dalam mereka aksesosi, misalnya tas tangan bagi mengilhami stail dengan rasa tidak terbatas. Supaya sifat individualistik yang terbina dalam diri berupaya diserlahkan.
Stail kekinian membentuk atau mencorakkan himpunan ini, selain kefungsian yang tersisip adalah nilai artistik yang tertentu, sekali gus menerbitkan satu himpunan yang bertunjangkan keperluan sekarang. Beg bahu cerminan gaya ikonik sinonim trend fesyen 2000s, antara rekaan beg yang melengkapi himpunan kali ini. EH! memilih lima tas tangan PEDRO keluaran musim baharu.
- CHAIN HANDBAG
2. BEG BAHU
3. BEG TOTE SAIZ MEDIUM
4. BEG SANDANG MINI
5. BEG MINI
Artikel berkaitan: Monki Salute Sisterhood, Raikan Hari Wanita Sedunia