2. Nurin Afiqah
Pelakon, model dan juga usahawan yang berjaya ini sering menghidangkan variasi fesyen luar negara yang menarik dan tampak high class. Jika diperhatikan, Nurin gemar menggayakan fesyen warna pastel earth tone, siluet besar paras dada dan hiasan tali pinggan menampakkan rupa yang ramping. Palet warna neutral dan estetika minimalisnya mencerminkan perwatakkannya yang sering sibuk namun tetap slay berfesyen dalam apa jua acara hingga kepada gaya gym. Nurin Afiqah antara influencer Malaysia yang anda perlu tetapkan contoh di papan mood fesyen.