3. Dahlia Rizal
Salah seorang wanita paling manis dan hijabista terbaik di Malaysia, our crush girl – Dahlia Rizal. Daripada penampilannya yang santai kepada pakaian yang mewah, gaya Dahlia Rizal mencerminkan kepelbagaian dan keunikannya yang tersendiri. Satu dalam juta, gaya hijab yang bersahaja, sedikit angin di penghujung atas kepala dan tidak tersusun antara gaya hijab yang menarik perhatian saya. Walaupun tudungnya tidak kemas, namun apabila Dahlia menggayakan, terus tampak cantik dan terletak. Jika anda menyemak suapan Instagramnya, anda akan melihat bahawa Dahlia suka bermain dengan ikatan hijab yang pelbagai warna dan cetakan yang menarik.