Teks : Razin Mohd
Menggayakan aksesori bersama baju raya pilihan anda can be tricky, lagi-lagi bila anda tidak tahu apa yang perlu dipadankan untuk menyerlahkan gaya raya anda. EH! senaraikan lima tip besama aksesori daripada koleksi musim panas 2018 Swarovski yang boleh dicuba! #BrillianceForAll
Buat koleksi musim panas 2018, Swaroski meneroka tema yang lebih menyerlah dan menarik perhatian dengan tema “Rainbow Paradise” yang semestinya akan mewarnai gaya raya anda tahun ini.
Masih mengekalkan versatiliti pada setiap aksesori yang diketengahkan, kali ini batu-batu Swarowski diberi potongan dan susunan warna yang khusus mengikut tema dan palet warna. Jika anda masih keliru atau mahukan sesuatu yang menyerlahkan lagi gaya anda di pagi raya, mungkin tip ini dapat membantu!