EH! memilih 10 item menarik daripada koleksi Musim Bunga Coach, sempena merai Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Sempena ketibaan Hari Raya, Coach hadir sebagai salah satu jenama pilihan, tampil dengan koleksi yang menggabungkan gaya klasik dan moden dengan sentuhan warna-warna segar serta reka bentuk yang berani. Koleksi ini menginspirasikan golongan muda untuk mengekspresikan pelbagai sisi diri mereka dengan penuh keyakinan, sambil membawa elemen inovatif yang mencerminkan identiti ikonik jenama ini.
Chain Tabby Shoulder Bag 30, RM 3,490
Bentuknya yang lebih santai dan tidak terlalu bersegi, menawarkan sentuhan relax yang berbeza daripada siluet Tabby tradisional. Dengan reka bentuk yang lebih selesa di bawah lengan, tas tangan ini adalah pilihan sempurna, menyuntik gaya bersahaja yang tetap menangkap mata.
SOHO Sneaker, RM 1,050
Menampilkan reka bentuk elegan dengan warna pastel lembut, material berkualiti seperti kulit dan suede, logo “C” ikonik di sisi, serta tapak tebal yang selesa menjadikannya pilihan sempurna untuk gaya kasual yang mewah dan versatil.
Tabby Shoulder Bag 26, RM 2,850
Tas tangan elegan yang diperbuat daripada kulit dalam rona coklat gelap dengan perincian logo “C” bersalut logam perak di bahagian depan. Reka bentuk sofistikated, menampilkan dua tali berlainan saiz untuk gaya versatile sama ada sebagai beg bahu atau crossbody, serta ruang dalaman yang luas mmenjadikannya aksesori mewah yang praktikal untuk untuk lebaran ini.
SOHO Sneaker in Mixed Signature, RM 890
Menampilkan gabungan material kulit, suede, dan kanvas dengan corak monogram ikonik Coach dalam rona coklat dan beige, dihiasi logo “C” timbul di sisi serta tapak getah tebal yang memberikan keselesaan dan daya tahan.
Empire Caryall Bag 34, RM 2,850
Diperbuat daripada kulit berkilat berkualiti tinggi dalam warna hitam elegan, menampilkan rekaan minimalis dengan bentuk bujur yang sofistikated serta pemegang panjang yang selesa untuk dibawa di bahu. Ia menjadikan tas tangan ini sebagai aksesori versatil yang sesuai untuk pelbagai gaya dan acara.
Empire Caryall Bag 26, RM 2,850
Diperbuat daripada kulit halus dalam warna hijau sage yang lembut dengan perincian emas, menampilkan rekaan yang elegan dan feminin dengan pemegang atas yang kemas, tali silang yang boleh tanggal, menjadikannya pilihan versatil untuk lebaran mahupun gaya harian yang mewah.
Baca: