Musim percutiaan bakal tiba, dan lapangan terbang bukan sekadar ruang transit, ia sudah menjadi runway mini buat para pencinta fesyen.
Idol K-pop sudah lama menjadikan airport sebagai pentas santai mereka dalam berfesyen dan setiap langkah di balai berlepas memberi inspirasi kepada peminat fesyen di seluruh dunia.
Mengambil inspirasi daripada momen-momen itu, EH! himpunkan tujuh gaya airport ala idol yang mudah ditiru dan cukup chic untuk menaikkan gaya percutiaan anda. Sama ada destinasi sejuk, pulau tropika, atau perjalanan singkat, gaya-gaya ini memastikan anda tampil seperti bintang K-pop dari pintu masuk hingga ke pesawat.
1. Sweatpants Moment
Sweatpants merupakan look essential buat para idol. Boleh digayakan dengan tee ringkas, crop top atau hoodie untuk vibe airport idol yang effortless.
Tip EH!: Padankan dengan tekstur berbeza seperti cotton atau knit halus untuk penampilan lebih menarik.

2. Oversized Blazer Energy
Oversized blazer mampu berikan siluet sofistikated yang effortless. Padankan bersama tee monochrome dan denim untuk gaya santai yang tetap polished, seolah-olah baru selesai sesi photoshoot sebelum penerbangan.
Tip EH!: Pilih blazer warna neutral atau pastel lembut agar mudah digayakan dengan pelbagai outfit.

3. Athleisure Luxe
Set matching tracksuit sangat popular dikalangan idol kerana selesa untuk perjalanan panjang dan tetap kelihatan kemas.
Tip EH!: Pilih warna gelap atau ton-sur-ton untuk ilusi badan lebih kemas, dan lengkapkan dengan dad sneakers untuk kesan “airport idol”.

4. Knit Weather Chic
Cardigan atau crochet sweater sesuai untuk penerbangan malam atau destinasi sejuk. sambil memastikan penampilan anda fashion-ready.
Tip EH!: Pilih warna lembut seperti cream, beige atau putih untuk padanan lebih mudah dan photogenic.

5. The Big Bag Moment
Beg besar bukan sahaja praktikal, malah terus menaikkan gaya keseluruhan. Gaya ini sering digayakan oleh nama-nama besar seperti Jungkook dan V BTS.
Tip EH!: Pilih beg berstruktur dalam warna neutral atau leather finish agar mudah digayakan dengan apa sahaja outfit.

6. Cap & Sunnies Formula
Gabungan baseball cap dan kaca hitam membuat anda tampil kasual tetapi chic, sambil menyembunyikan mata letih.
Tip EH!: Pilih warna topi yang neutral dan kaca hitam oversized untuk menambahkan kesan praktikal dan bergaya.

7. All-Black Universal Style
Padanan serba hitam sentiasa selamat, kemas, dan memberi aura sleek serta sofistikated tanpa perlu berlebih.
Tip EH!: Gabungkan tekstur berbeza seperti leather jacket, knitwear, atau wide-leg pants untuk penampilan lebih menarik dan mengelakkan look terlalu flat.

Artikel Berkaitan: Gaya Para Selebriti di Gotham Awards 2025
