Sempena musim percutian, Coach hadirkan dengan pelbagai rekaan beg tangan yang pasti menyatu dengan stail dan personaliti penggemarnya. EH! pilihkan tujuh rekaan yang akan menyempurnakan gaya anda.
Untuk Yang ‘Cute’- Tabby Shoulder Bag 26 With Danity Bow Embelishment

Perincian reben pada beg ini membuatkannya cukup cute and chic. Pilihan ini sesuai untuk gadis atau wanita yang sukakan sesuatu yang lebih fun tapi masih punya ciri feminin.
Untuk Yang ‘Always On The Go’- Brooklyn Shoulder Bag 34

Bagi sesiapa yang sentiasa sibuk dengan urusan harian, yang sering terkejar-kerjar masa. Dari mengurus kerja hingga ke acara sosial dengan teman-teman. Beg ini pilihan paling sempurna, punya ruang yang luas dan masih tampak sofistikated.
Untuk Yang Sukakan Gaya ‘Retro’- Soft Quilted Tabby Shoulder Bag 26

Bagi gadis yang sukakan stail retro atau vintaj, tas tangan ini yang paling sepadan dengan cita rasa dan gaya anda. Tambahan pula tekstur material yang lembut dengan tali berantai dalam warna keemasan, menyuntik pesona mewah dan sedap dipakai.
Untuk Yang Androgyny – Tabby Shoulder Bag 26

Secara peribadinya ini antara tas tangan Coach yang menjadi kesukaan saya. Bagi saya ia moden, minimalis dan berjiwa ‘bold’. Ia sesuai untuk gadis yang gemar bergaya ranggi dengan sentuhan maskulin. Bayangkan memadankannya dengan kemeja putih dan celana denim sahaja. Ada statement gaya tersendiri.
Untuk Yang Minimalis- Elora Top Handle Crossbody Bag

Bagi gadis yang senang dengan gaya minimalis, ini tas tangan yang paling selari dengan gaya anda. Gaya ‘boxy’ yang menyuntik elemen moden.
Untuk Gadis ‘Hippie’- Tabby Shoulder Bag 26 With Bandana Embellishment

Rekaan ini jarang-jarang kita jumpa dan ini antara yang mesti milik untuk gadis hippie atau yang sukakan gaya bohemian. Tas tangan dengan kemasan atau perincian persis bandana.
Untuk Gadis Feminin- Floral Embellished Leather Chain Tabby Shoulder Bag

Perincian bunga pada beg ini mencipta gaya yang cukup feminin namun tidak dalam gaya tipikal. Warna hitam menyuntik pesona feminin yang sofistikated.
Mana satu beg tangan Coach yang jadi pilihan? Lebih banyak pilihan di pautan INI.
