Cher & Sonny
Dikenali menerusi lagu I Got You Babe dan It’s The Little Things, Cher dan Sonny merupakan salah satu kumpuan duo paling popular di dunia. Kegemilangan mereka bukan sekadar dalam industri muzik, malah mereka turut dilabel sebagai ikon setiap trend yang popular pada tahun 60-an dan 70-an.
Persalinan Cher hasil rekaan Bob Mackie yang disarungnya ke Anugerah Oscar 1973 menjadi salah satu penampilan paling diingati dalam sejarah Hollywood. Sonny yang sering menyarung busana rona terang pula memilih gaya berlainan dan berjaya mencuri perhatian malam itu dengan tuksedo baldu hitam serta misai tebal 70-an.