Iman & David Bowie
Pasangan supermodel dan penyanyi yang mendirikan rumah tangga pada 1992 ini sering menampilkan gaya cool serta mewah apabila dirakam bersama. Dalam satu majlis makan malam pada tahun 1991, Bowie dilihat segak menyarung kemeja-T hitam dan jean yang dipadankan bersama blazer merah menyala. Gaya Iman pula menampilkan korset hitam dan skirt separa jarang.