Victoria & David Beckham
Mungkin banyak yang telah berubah sejak hari perkahwinan mereka pada 1999, namun cita rasa fesyen pasangan ini kekal sama selepas 23 tahun. Sebelum Victoria melancarkan jenama fesyen sendiri pada 2008, pasangan itu terkenal kerana sering menyarung persalinan sepadan termasuk kala menghadiri Parti Gala Kelab Versace di London pada 1999 di mana mereka mengenakan sut kulit sedondon rekaan jenama itu.