Rihanna & ASAP Rocky
Pasangan penyanyi ini tampil bersahaja di Met Gala 2021 kala membuat kemunculan pertama sebagai pasangan kekasih. Persalinan mereka yang baggy dilihat begitu selesa. Rihanna menyarung gaun-kot Balenciaga bersama beanie sedondon rekaan Stephen Jones Millinery dan aksesori kepala kristal. Fabrik besar yang menyelimuti tubuh ASAP Rocky pula adalah daripada jenama ERL dan menambah kontras pada penampilan serba hitam Rihanna.
Baca: JLo & Ben Affleck Cipta Semula 10 Momen Ikonik Karpet Merah Dua Dekad Lalu