Hari Raya, yang disambut dengan penuh kemeriahan, bukan hanya satu platform untuk merayakan tradisi dan nilai-nilai keluarga, tetapi juga menjadi kesempatan bagi para selebriti untuk menunjukkan gaya dan fesyen mereka.
EH! akan menyelami lima gaya selebriti lelaki yang tampil memukau di hari Raya. Dari pilihan busana yang berwarna-warni hingga aksesori yang diletakkan dengan teliti, setiap selebriti memancarkan pesona tersendiri sambil merayakan hari yang penuh makna.
Bersiaplah untuk mengambil inspirasi dari gaya-gaya yang tidak hanya mencuri tumpuan, tetapi juga menggambarkan semangat Raya yang sebenar.

Tak lain tak bukan, Syafiq Kyle sekali lagi mencuri perhatian, kali ini tampil segak dalam persalinan baju melayu Bulan Bintang yang cukup refined untuk Raya 2026. Pilihan rona light soft green dengan potongan moden berkolar cekak musang menyerlahkan sisi yang ekspresif, namun tetap berkarisma.
Aura effortless yang dibawa Syafiq Kyle menjadikan keseluruhan ensemble ini terasa eksklusif tanpa perlu berlebih. Baju melayu yang tidak terlalu fit dan tambahan aksesori kaca mata, Syafiq Kyle menjadikan Raya tahun ini lebih eksklusif.

Mierul Aiman menyalakan aura Raya 2026 dengan pendekatan gaya yang berani. Tampil dalam Baju Melayu rona dark blue berkolar teluk belanga dan pilihan seluar slack potongan straight cut memberi siluet yang clean dan kontemporari, menjadikan keseluruhan look tampak lebih urban dan effortless. Gaya ini sangat sesuai untuk Hari Raya kedua atau ketiga.
Yang benar-benar mencuri perhatian adalah perincian styling yang tidak dijangka. Rantai yang digayakan pada seluar menambah elemen hiphop yang rebellious, manakala kacamata hitam melengkapkan gaya dengan sentuhan cool dan chic yang sukar diabaikan.

Lengkap dengan serba merah jambu, gaya Shukri Yahaya di pagi hari Raya juga tidak boleh diabaikan. Songkok dan samping yang digayakan rapi memberi sentuhan yang cukup manis, menyerlahkan lagi sisi gentleman yang penuh pesona. Baju Melayu cekak musang dengan perincian lima butang menambah elemen klasik yang kemas, sekali gus memperkukuhkan estetika tradisional yang tidak lapuk dek waktu.

Nadhir Nasar menyasarkan ‘full kampung’ mod, menghidupkan kembali nostalgia dulu dengan menggayakan baju melayu cekak musang rona coklat terang dan samping. Untuk menjadikannya lebih tampak begitu natural, Nadhir juga menggayakan sandal hitam dan songkok yang dipakai sedikit kebelakang menampakkan rambut depannya.
Tidak lupa juga, jam di tangan dengan motif untuk tampak lebih cool dan tampan, Nadhir berjaya menjadikan Raya 2026 ini ekstra panas.

Berbaju melayu dengan gaya lengan tiga suku, Aedy Ashraf tampak sungguh manly. Tambah lagi dengan kaca mata dan dan seluar hitam di sebalik samping, jiwa gen–z Aedy tak terpadam untuk Raya tahun ini. Tampil lebih segak dengan mengenakan songkok dan juga jam tangan, tiada yang boleh tandingi gaya Aedy Ashraf.

Sky Iskandar, tampil dengan baju melayu berkolar teluk belanga, rona coklat gelap, terlihat sungguh segak dan ekstra macho. Lengan baju panjangnya dilipat menampakkan jam tangan, manakala sandal hitam dikenakan untuk menyalakan aura Raya 2026.
Gaya santai tetapi maskulin ini memberikan sentuhan effortless yang cukup menawan, membuktikan bahawa kesederhanaan juga mampu menyerlahkan keperibadian yang kuat dan bergaya.

Akhir sekali, Meerqeen tampil dalam Baju Melayu rona hot pink yang mencuri tumpuan. Berpegang pada gaya asas, padanan samping dan songkok melengkapkan penampilan dengan sentuhan tradisional yang kemas. Ringkas namun berani, pilihan warna terang ini menyerlahkan keyakinan diri, membuktikan bahawa less is more, asalkan digayakan dengan tepat.
