Dengan tumpuan yang semakin mendalam terhadap kualiti, rekaan yang tahan lama, dan keunikan gaya, jenama-jenama fesyen Malaysia telah mampu bersaing dalam arena global dan menjadikan negara ini sebagai salah satu pusat utama dalam landskap fesyen dunia.
Industri fesyen Malaysia telah mengalami kemajuan yang pesat dengan munculnya pelbagai jenama tempatan yang berjaya menembusi pasaran global. Lebih membanggakan lagi, di sebalik kejayaan ini terdapat beberapa anak muda yang berhasil membuktikan bakat dan kebolehan mereka. Kejayaan ini tidak hanya mencerminkan keupayaan kreatif dan inovatif para pereka fesyen tempatan, tetapi juga menunjukkan peningkatan kepentingan dan permintaan terhadap produk-produk fesyen Malaysia di peringkat antarabangsa.
Tujuh Jenama Fesyen Tempatan Yang Popular Di Luar Negara:
1. BONIA
Melihat wajah Nayeon dari kumpulan TWICE sebagai duta jenama ini di seluruh billboard pasti anda sangka jenama ini dari luar negara. Ternyata, jenama ini yang mempunyai lebih daripada 700 cawangan jualan dan 70 butik di seluruh Asia, adalah jenama yang berasal dari Malaysia. Bonia yang semakin meluas pengaruhnya ini telah menjadi kebanggaan negara dalam arena fesyen dan gaya hidup antarabangsa.
2. Lewré
LEWRE, rangkaian kasut trendy untuk lelaki dan wanita, telah menjadi kegemaran ramai sejak tahun 1997. Mempunyai 4 rangkaian utama iaitu Chic, Career, Comfort, Sehingga ke hari ini, LEWRE dipasarkan ke lebih daripada 20 negara termasuk Australia, Taiwan, Thailand, Filipina, India, Singapura, Brunei, Cyprus, Indonesia, Lubnan, New Zealand, Sepanyol, United Kingdom dan negara- negara Arab seperti Arab Saudi, Qatar, Oman, Bahrain, dan lain-lain.
3. British India
British India adalah jenama fesyen mewah tempatan yang terkenal dengan inspirasi dari zaman Kolonial. Meskipun namanya menyerupai jenama luar negara, British India sebenarnya berasal dari Malaysia. Dengan lebih daripada 40 cawangan di seluruh Malaysia dan rantau Asia Tenggara, termasuk Singapura, Thailand, dan Filipina. jenama ini telah membanggakan industri fesyen tempatan.
4. Joe chia
Joe Chia yang merupakan lulusan fesyen dari Raffles Design Institute, mula menempa nama di luar negara dengan menyatukan gaya maskulin dan feminim ke dalam koleksi yang mencerminkan gaya fesyen kontemporari yang elegan dan minimalis. Melalui percubaan dan eksperimen, reka bentuk koleksinya memberikan sentuhan tersendiri kepada setiap potongan pakaian dengan esensi yang bersifat fungsional dan siluet asal, dalam fabrik monokrom gelap.
5. Moto Gu0
Jika anda pernah menonton rancangan popular Netflix seperti Euphoria dan Emily in Paris, mungkin anda pernah melihat beberapa rekaan dari sebuah jenama fesyen Malaysia, motoguo. Jenama ini telah menemui identiti reka bentuknya dalam campuran elemen whimsical, fluid, dan vintage yang unik. Moto dan Kinder, kedua-duanya merupakan graduan dari Raffles Design Institute, Gabungan antara Moto, Kinder dan Jay bermula dari cinta terhadap fesyen retro, tekstil makan terhasil motoguo.
6. Dickson Lim
Dickson Lim adalah contoh kejayaan yang menakjubkan dalam industri fesyen Malaysia. Sebelum mula berjinak-jinak dengan fesyen, Dickson Lim bekerja sebagai tukang jahit untuk ibu bapanya. Namun, pada tahun 2020, dia mula mencipta sejarah sebagai pereka fesyen termuda yang membuat penampilan sulung di KLFW. Kini, ciptaannya telah dipakai oleh pelbagai selebriti ternama di acara-acara anugerah antarabangsa seperti, Mason Alexander Park, Kuan-Ting Liu, 24kGoldn, and Bretman Rock.
7. FUTUREMADE STUDIO
FUTUREMADE STUDIO atau FTMD telah tersebar jauh di luar Malaysia, terutamanya di negara-negara Cina. Ditubuhkan oleh YouTuber, Tunway Yeoh, berbeza dengan jenama lain yang menumpukan kepada grafik yang mencolok, label ini mencipta fesyen minimalis buat pencinta gaya streetwear. Fokus mereka lebih kepada fungsi, seperti kompartmen dan seluar kargo serta jumpsuit dengan banyak poket. Dengan sentuhan kreatif tersendiri, label ini menyatukan unsur kontemporari dan fabrik yang tahan lama dalam pakaian yang bersifat timeless.
Artikel Berkaitan: 5 Content Creator Yang Mempunyai Jenama Sendiri