New month, new kicks! EH! himpunkan tujuh pilihan kasut ‘must-have’ untuk lengkapi gaya anda bulan Jun!
Bulan Jun hadir dengan pelbagai koleksi kasut terbaru yang confirm akan jadi wishlist fesyenista! Dari Onitsuka Tiger MEXICO 66 yang hanya ada di Malaysia hingga kolaborasi Adidas bersama Glenburn, Argentina dan Thrasher, pilihan kali ini hadir dengan penuh variasi.
EH! kumpulkan tujuh kasut pilihan patut ada bulan Jun ini, sesuai untuk yang suka tampil chic ke pejabat, santai hujung minggu, atau glam di acara malam.
Onitsuka Tiger MEXICO 66
Hanya di Malaysia, MEXICO 66 hadir dalam rona Birch dan Peacoat. Ia menggabungkan motif-motif halus yang diinspirasikan oleh hidupan liar tempatan dan simbol budaya, termasuk Burung Enggang Badak, Rafflesia, dan Wau Bulan.
Harga: RM650
PUMA H-Street OG Sneakers Unisex
Dengan reka bentuk yang diinspirasikan oleh kasut paku larian ikonik era 2000-an, PUMA Harambee, H-Street ialah ikon yang tidak lapuk dek zaman, menggabungkan warisan sukan pecut dengan identiti gaya jalanan. Ia mengimbau kembali era kegemilangan tahun 2000-an apabila dunia olahraga dan fesyen jalanan bertembung dan saling mempengaruhi.
Musim ini, H-Street kembali daripada arkib dengan bahagian atas yang ringan, siluet berprofil rendah, serta legasi gaya jalanannya yang masih kekal utuh.
Harga: RM399
Adidas Glenburn X Argentina X Thrasher Shoes
Kolaborasi Glenburn x Argentina x Thrasher Shoes, gabungan berani antara warisan gaya terrace dan budaya papan selaju. Klasik moden ini mendapat inspirasi daripada dunia bola sepak dan gaya terrace, yang diolah semula untuk kesesuaian di jalanan dan taman skate masa kini.
Harga: RM379
Nike Air Rift Breathe Women’s
Asics GEL-1130 Women’s
GEL-1130™ ialah evolusi kesembilan daripada siri ikonik GEL-1000™. Diinspirasikan oleh kasut larian kestabilan dari tahun 2008, siluet yang diperbaharui ini mengambil elemen reka bentuk daripada GEL-KAYANO® 14 yang legenda, sambil memperkenalkan lapisan suede premium untuk memberikan sentuhan retro yang lebih eksklusif dan bergaya.
RM479
Melissa Aira AD
Melissa Aira menampilkan trend baharu kasut flat hibrid, yang menggabungkan keselesaan berinspirasikan sukan dengan keanggunan gaya urban.
Reka bentuknya yang versatil membolehkan ia dipadankan dengan mudah untuk penampilan kasual mahupun lebih sofistikated, menerusi gabungan bahan inovatif, potongan moden, dan estetika minimalis.
Harga: 459
On Running Cloud 6 Women’s
On Running Cloud 6, direka khas untuk wanita yang mengutamakan keselesaan, gaya dan prestasi. Bahagian atas yang ringan dan bernafas membantu memastikan kaki kekal sejuk dan selesa, manakala teknologi kusyen CloudTec® yang ikonik memberikan pengalaman langkah yang lembut serta responsif pada setiap langkah.







