New month, new kicks! EH! himpunkan tujuh pilihan kasut ‘must-have’ untuk lengkapi gaya anda bulan November!
Bulan November hadir dengan pelbagai koleksi kasut terbaru yang confirm akan jadi wishlist fesyenista! Dari PUMA H-Street Suede, hingga Adidas Taekwondo Mei SFTM, pilihan kali ini hadir dengan penuh variasi.
EH! kumpulkan tujuh kasut pilihan patut ada bulan November ini, sesuai untuk yang suka tampil chic ke pejabat, santai hujung minggu, atau glam di acara malam.
PUMA H-Street
PUMA H-Street kembali lagi, kali ini dengan rekaan semula menggunakan suede mewah. Diinspirasikan oleh kasut paku larian awal 2000-an, PUMA Harambee, siluet ini menggabungkan warisan pecutan dengan gaya jalanan moden — satu penghormatan kepada era apabila budaya trek mula bertembung dengan gaya hidup.
Untuk keluaran keduanya, H-Street Premium hadir dalam tiga tona bumi yang semula jadi: Black Shadow Grey, Brandy Toasted Almond, dan Alpine Snow, menampilkan gaya klasik dengan sentuhan kontemporari untuk jalanan masa kini.
Harga: RM429
Coach Margot Sandal
Mudah digayakan untuk penampilan kasual atau formal, sandal Margot direka daripada jacquard Signature yang digabungkan dengan perincian kulit licin. Rekaan slip-on ini dilengkapkan dengan gesper berkilat dan tumit kecil berukir yang elegan.
RM1050
On Cloud 6 Women’s Sneakers Shoes
Kasut ON Cloud 6 direka untuk keselesaan maksimum dan gaya harian. Dengan rekaan ringan, kusyen CloudTec®yang menyerap hentakan, serta bahan mesh bernafas, kasut ini memberikan rasa seperti berjalan di atas awan. Warna Pearl/White menambah sentuhan elegan dan serba boleh, sesuai untuk aktiviti harian mahupun gaya santai.
Harga: RM819
Adidas Taekwondo Mei W Sftm Shoes
Kasut Adidas Taekwondo Mei SFTM menggabungkan gaya mewah dan jalanan dengan rekaan regular fit untuk keyakinan maksimum. Diperbuat daripada kulit dengan lapisan sintetik yang selesa serta tapak getah tahan lasakuntuk cengkaman terbaik. Sesuai untuk gaya harian yang chic dan effortless.
Harga: RM569
Dihasilkan bersama KITH, kasut GEL-KAYANO® 12.1 menggabungkan rekaan ikonik dari versi asal tahun 2006 dengan sistem tapak moden untuk gaya dan prestasi masa kini.
Timberland Women’s Stone Street Boat Shoe
Kasut 3-Eye Classic Boat Shoe yang diperkenalkan sejak tahun 1978 kini tampil dengan rekaan baharu untuk era moden. Ia menampilkan lapisan fabrik ReBOTL™ yang diperbuat daripada sekurang-kurangnya 50% plastik PET kitar semula, tapak luar berlekuk yang kukuh menggunakan 55% getah daripada ladang yang mengamalkan pertanian regeneratif, serta tapak dalam OrthoLite® yang ringan bagi memberikan keselesaan dan penyerapan hentakan yang optimum.
Harga: RM739
NEW BALANCE 509
Kasut New Balance 509 diinspirasikan daripada gaya larian era 2000-an, menampilkan gabungan reka bentuk klasik dan keselesaan moden. Direka untuk pemakaian harian, kasut ini menawarkan kusyen lembut yang menyerap hentakan serta tapak luar tahan lasak bagi kestabilan dan sokongan optimum. Dengan siluet retro yang bergaya, NB 509memberikan sentuhan nostalgia sambil mengekalkan keselesaan sepanjang hari — sesuai untuk aktiviti santai mahupun gaya kasual.
Harga: RM449
Baca:
9 Kasut Pilihan EH! Patut Ada Bulan Oktober 2025
9 Kasut Pilihan EH! Patut Ada Bulan September 2025
Kasut Pilihan EH! Patut Ada Bulan Ogos, Antaranya Kolaborasi Bersama Donut?







