New month, new kicks! EH! himpunkan sembilan pilihan kasut ‘must-have’ untuk lengkapi gaya anda bulan Oktober!
Bulan Oktober hadir dengan pelbagai koleksi kasut terbaru yang confirm akan jadi wishlist fesyenista! Dari rona baru PUMA Speedcat Ballet, hingga corak bold daripada Longchamp, pilihan kali ini hadir dengan penuh variasi.
EH! kumpulkan sembilan kasut pilihan patut ada bulan Oktober ini, sesuai untuk yang suka tampil chic ke pejabat, santai hujung minggu, atau glam di acara malam.
PUMA SPEEDCAT Ballet
PUMA memperkenalkan sentuhan segar pada koleksi Speedcat Ballet dengan dua pilihan warna baharu bernuansa coklat, iaitu Prairie Tan dan Dark Chocolate. Tona bumi ini menyerlahkan gaya hangat dan serba guna, menggabungkan sentuhan sofistikasi yang halus dengan keanggunan kasual. Sesuai untuk anda yang gemar tampil bergaya ringkas namun tetap memikat.
Harga: RM379
New Balance 204L
New Balance melancarkan 204L, model gaya hidup baharu diinspirasikan daripada larian era ‘70an dan 2000an. Rekaan ini menggabungkan elemen klasik dan moden dengan siluet ringkas serta tekstur berinspirasikan teknologi, menghasilkan sneaker retro yang lebih segar dan sleek.
Harga: RM499
PUMA x RIPNDIP
PUMA sekali lagi berganding tenaga dengan jenama streetwear dan gaya hidup yang penuh kelainan, RIPNDIP, untuk koleksi kolaborasi edisi kedua.
Dipenuhi dengan sentuhan jenaka serta grafik unik, kapsul baharu ini meneruskan kesinambungan koleksi sulung mereka—menggabungkan gaya skate yang santai dengan identiti sukan ikonik PUMA. Menampilkan rangkaian keperluan oversized, rekaan potong dan jahit yang eksklusif, serta koleksi kasut, keseluruhan kolaborasi ini diperkemas dengan grafik khas yang direka istimewa oleh PUMA bersama pasukan kreatif RIPNDIP.
Harga: RM229 hingga RM669
FILA ECHAPPE LX
TERRAIN CRUSHER, yang asalnya dilancarkan pada tahun 1995, kini diberi nafas baharu dengan sentuhan moden bagi mengekalkan warisan jenama.
Rekaan garisan sporty menampilkan estetika gorpcore, manakala logo sisi yang digugurkan memberikan nuansa lebih minimalis dan sofistikated. Butiran pada tapak luar yang mengangkat logo “F” ikonik FILA pula menegaskan identiti uniknya.
Harga: RM389
Longchamp Le Foulonné Ballerinas
Ballet flat kulit anak lembu suede bercorak harimau bintang ini tampil dengan rekaan kontemporari yang ringkas namun penuh gaya. Buckle ikonik Le Foulonnée menghiasi dua tali dengan sentuhan halus, menambahkan aura sofistikasi.
Harga: RM2,155
New Balance 1000 x Salehe Bembury
Sentuhan alam semula jadi oleh Salehe Bembury terus menyerlah dalam koleksi New Balance dengan kemunculan model 1000. Dengan tema “Fog be the cloud”, klasik milenium ini diberi nafas baharu melalui tekstur dan warna yang diinspirasikan dari banjaran Smoky Mountains.
Mencerminkan kepelbagaian landskap semula jadinya, Bembury menggabungkan leather overlays, hujung suede berbulu, spacer mesh vamps, serta tapak getah yang kukuh. Palet biru lembut terinspirasi daripada rabung ikonik pergunungan, disatukan pula dengan rona jingga karang senja, serta warna gelap hutan di bawahnya.
Harga: RM699
Adidas Superstar Vintage “Fox Brown”
Sneaker ikonik ini menggabungkan pesona klasik siluet Superstar dengan sentuhan moden dalam rona coklat fox brownyang mewah. Direka untuk mereka yang menghargai warisan serta gaya kontemporari, kasut ini menjadi pilihan sempurna buat individu berjiwa fesyen.
Gabungan material getah dan tekstil memastikan ketahanan serta keselesaan, menjadikannya pelengkap serbaguna dalam koleksi anda. Sama ada melangkah di jalanan atau bergaya santai di luar, adidas Originals Superstar Vintage “Fox Brown” menjanjikan penampilan yang sofistikated dan effortlessly cool.
Harga: RM629
Nike Women’s Total 90 (Olive Aura and Pale Ivory)
Dilahirkan di padang pada tahun 2000, Total 90 meninggalkan legasi yang abadi dalam dunia bola sepak. Kini ia kembali, bersedia menawan jalanan dengan gaya bola sepak autentik yang dihidupkan semula untuk generasi hari ini.
Edisi moden ini menukar stud asal kepada tapak getah rata, namun tetap mengekalkan bahagian atas berjahit ikonik serta ikatan tali asimetrik yang menjadi tanda jenamanya. Padanan warna Olive Aura dan Pale Ivory pula menghasilkan tona bumi yang segar dan penuh karakter — gaya yang pasti mencuri perhatian.
Harga: RM559
Vibram Roadaround 2 Women’s Ivory / Reflective
Trendy Alert! Kasut berjari ini kini menjadi fenomena global — dan tidak lama lagi pasti akan mencuri perhatian di negara kita juga.
Bahagian atas air-mesh ultra-bernapas dengan panel reflektif menghidupkan semula kegemilangan rekaan sneaker klasik. Dilengkapi insole EVA 2mm serta midsole 6mm untuk keselesaan maksimum, ia digabungkan dengan outsole Vibram Ecostep Recycle 4mm yang kukuh.
Menggunakan sekurang-kurangnya 30 peratus getah kitar semula Vibram, outsole ini bukan sahaja menjamin cengkaman dan traksi unggul, malah mencerminkan komitmen terhadap kelestarian tanpa mengorbankan gaya.
Baca:
9 Kasut Pilihan EH! Patut Ada Bulan September 2025
Kasut Pilihan EH! Patut Ada Bulan Ogos, Antaranya Kolaborasi Bersama Donut?
Kasut Pilihan EH! Patut Ada Bulan Julai, Antaranya Kolaborasi Bersama A$AP Rocky