Ada yang mengeluh rasa panas sejak kebelakangan ini. Duduk di rumah pun masih terasa hangatnya cuaca. Apalagi negara kita sedang mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering hingga pertengahan September, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Pastinya menyebabkan rasa kurang selesa saatnya keluar dari rumah.
Yang selesa dan ringkas tentunya menjadi pilihan untuk bergaya pada masa sekarang. Sebaiknya melupakan sebentar, sepatu tertutup yang dijangka akan membuat kaki kamu berpeluh dan timbul rasa tidak selesa. Apalagi di masa ‘lockdown’ seperti saat ini, terasanya sandal akan terasa lebih mudah dipadukan bersama persalinan apapun kerana keringkasannya, sekaligus mematuhi trend semasa yakni sandal.
Selaras dengan gaya musim panas, terlihat jenama-jenama utama fesyen memuatkan rekaan sandal dalam pelbagai rupa dan fungsi dalam koleksi terbaru. Dior, Louis Vuitton hingga ke Valentino, menawarkan sandal yang stylish.
Sebagai penggemar fesyen sejati, tentu saja harus memilih pilihan sandal yang menepati selera. Faktor stylish juga perlu dijadikan pertimbangan. EH! mencadangkan 7 rujukan sandal wanita terbaru yang paling menarik dan wajib dimiliki.
“DIORAMOUR” CHRISTIAN DIOR
Sandal ukuran slide kekal menjadi kegemaran para wanita kerana keringkasannya dan mudah di sarung. Pilihan ‘strap’ berwarna, misalnya slide DIORAMOUR ini, corak ikonik membaluti pada permukaannya. Nama jenama turut ditampilkan secara menonjol untuk meningkatkan gaya kamu. Saatnya bercelana denim, mahupun bercelana pendek, sesuai sekali dipadankan dengan sandal slide Dior ini. Chic and modern.