Gaya fesyen selebriti tidak hanya menjadi sumber inspirasi tetapi juga mencerminkan evolusi dan kepelbagaian trend fesyen di Malaysia. Melalui pilihan pakaian yang dipilih, ia menjadikan mereka ikon fesyen yang memberikan pengaruh besar kepada peminat.
Fesyen bukan sekadar diukur melalui penampilan, fesyen juga dilihat menerusi bagaiman mereka berjaya menyesuaikan padanan outfit tersebut. Terlalu banyak gaya fesyen dan outfit yang on-point para selebriti Malaysia pada tahun ini, jadi kali ini, EH! ingin menyenaraikan tujuh outfit selebriti Malaysia yang paling on-point pilihan EH! sepanjang tahun 2023 ini.
Semak 7 Selebriti Malaysia Dengan Gaya Outfit Paling On-Point 2023;
1. Yaya Zahir
Bercakap sahaja mengenai fesyen, nama yaya zahir pasti terlintas di fikiran. Terkenal dengan gaya fesyen yang funky yaya sentiasa berusaha untuk tampil trendy dan versatil dengan gayanya tersendiri. Mengintai sahaja instagram miliknya, EH! rambang mata untuk memilih outfit terbaik Yaya pada tahun ini kerana kesemuanya boleh dikatakan on-point!
Penampilan yaya pada 12 November benar-benar mencuri perhatian kami, Yaya mengenakan blazer over size merah jambu dan skirt hijau yang unik dipadankan pula dengan beg tangan yang dipadankan sempurna dengan penampilannya, sememangya memberikan gaya yang unik dan versatil!
2. Marion Caunter
Model dan pempengaruh digital fesyen, Marion Caunter terkenal dengan gaya fesyennya yang elegen. Sering menghadiri pelbagai pertunjukan fesyen di seluruh dunia, menjadikan dia sebagai individu yang diakui dengan selera fesyen yang tinggi. Kehadiran Marion di pelbagai acara fesyen dunia tidak hanya memperkuat reputasinya sebagai model, tetapi juga sebagai ikon dalam berfesyen.
Dalam puluhan gaya Marion Caunter pada tahun ini, yang paling menarik perhatian kami adalah, ketika dia mengenakan kemeja crop berwarna putih dengan aksesori reben dan dipadankan dengan skirt denim panjang yang memberikan gaya yang elegen dan versatil. Tidak lupa, kaca mata dan beg tangan hot pink yang dipilihnya memberikan kesan yang ketara pada penampilan Marion. Melalui kehadirannya dalam industri fesyen, Marion Caunter membuktikan bahawa fesyen bukan hanya sekadar pakaian, tetapi juga ekspresi diri yang dapat menginspirasi ramai orang.
3. Ameera Khan
Gadis cantik campuran Melayu-Pakistan ini, bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik, tetapi juga menunjukkan selera fesyen yang berbeza sebagai rujukan utama gen z. Ameera Khan atau lebih dikenali dengan panggilan Little Miss Khan, terkenal dengan gaya fesyennya yang selalu memukau dan menarik perhatian peminat, menjadi inspirasi bagi mereka yang menggemari dunia fesyen.
Ameera sentiasa memberikan kejutan dan inspirasi baru dengan setiap penampilannya di media sosial. Salah satu yang menarik perhatian, gaya fesyen Ameera yang kelihatan kasual mengenakan blaus hitam yang bahagian sebelah baju diselitkan ke bahagian dalam baju dan dia memadankan dengan jean biru dengan corak sulaman coklat yang memberikan kesan yang elegen pada penampilanya.
4. Datin Intan Najuwa
Terkenal dengan gelaran it girl, Datin Intan Najuwa lebih memilih gaya fesyen yang minimal dengan warna palet yang lebih neutral, seperti monochrome dan earthy tone, menciptakan gaya fesyen yang estetik. Dalam beberapa outfit yang digayakan Datin Intan, kami paling tertarik dengan siarannya pada 19 Februari, dimana dia mengenakan blazer oversize berwarna beige dan skirt pendek metalik yang dipadankan bersama beg tangan dan topi merah jambu sebagai pelengkap gayanya.
Sebagai seorang wanita yang selalu tampil dengan rona neutral, Datin Intan Najuwa memberikan inspirasi bagi mereka yang meminati gaya fesyen yang timeless. Walaupun dia sering tampil sederhana dalam berfesyen, tetapi gaya outfitnya tetap on-point dan bergaya menurut kami.
5. Eyka Farhana
Wajah cantik Eyka Farhana tidak hanya menjadi perhatian dalam industri hiburan tempatan, tetapi kini dia mula menghiasi jenama-jenama besar antarabangsa. Kejayaannya Eyka terus memberikan kejutan serta inspirasi bagi para penggemarnya, baik dalam dunia seni hiburan mahupun fesyen. Ini tidak terkecuali gaya fesyen Eyka Farhana yang sememangnya terlihat elegen dan trendy.
Mengungkap sahaja intagram miliknya, kami berasa seperti berada di pinterest. Dalam setiap penampilannya, dia berjaya menyelaraskan gaya yang moden, elegan, dan unik. Outfit Eyka yang berjaya mencuri perhatian kami adalah ketika dia bercuti di Paris. Dia mengenakan baju putih lengan panjang dan skirt pendek kulit berwarna hitam, dipadankan dengan stocking putih dan loafer hitam yang trendy dan tidak lupa, kaca mata putih sebagai pelengkap gayanya, memberikan gaya outfit of the day!
6. Daiyan Trisha
Gadis cantik berbakat besar, Daiyan Trisha, menjadi inspirasi bagi ramai orang dengan gaya fesyennya yang versatil. Keberaniannya dalam mengeksplorasi berbagai gaya menjadkan dia sumber rujukan bagi para peminat fesyen yang mencari inspirasi yang fresh dan berani. Daiyan menggunakan platform media sosialnya, sebagai diari gaya hidupnya. Melalui akaun tersebut, dia tidak hanya membahagikan momen sehari-hari tetapi juga sering berkongsi gaya fesyennya.
Terlalu banyak outfit dari Daiyan yang kami anggap on-point tetapi, gaya outfitnya pada 14 Januari, benar-benar membuatkan kami terpukau. Dia mengenakan top, skirt, dan sarung tangan denim dengan gaya y2k. Tak hanya itu, gaya makeup dan aksesori yang dipilihnya juga benar-benar on-point, menambahkan kesan stylish dan moden pada penampilannya.
7. Scha Alyahya
Mana mungkin nama Scha Alyahya tidak tersenarai dari barisan selebriti dengan gaya paling on-point pada tahun ini. Nama yang cukup sinonim dengan fesyen ini sememangnya memiliki aura yang tersendiri. Dari pelbagai gaya fesyen Scha pada tahun ini, EH! lebih tertarik akan gaya fesyennya yang bersahaja namun tetap menarik perhatian. Seperti siaran yang dibuat oleh Scha ketika bercuti di Seoul, Korea
Scha mengenakan jaket kulit berwarna coklat yang memberikan sentuhan maskulin dan elegan, dipadankan dengan seluar denim biru yang memberikan kesan santai. Namun, yang paling mencuri perhatian adalah pemilihan kasut hot pink yang menaikkan lagi imej Scha yang sememangnya versatil, mencerminkan keberanian dan keunikan dalam gaya fesyennya. Scha Alyahya terus membuktikan dirinya sebagai ikon fesyen yang mampu menyelaraskan gaya yang sederhana dengan elemen yang menawan, menciptakan kombinasi yang memukau dan on-point.
Artikel Berkaitan: 11 Gaya Selebriti Menangkap Mata di Karpet Merah Sepanjang 2023