6. Nike Dunk Low (RM439)
Ikonik dan popular, terutamanya dalam kalangan Gen Z, Nike Dunk Low dikeluarkan pada tahun 1985 sebagai kasut bola keranjang. Berkembang menjadi simbol gaya jalanan dan budaya fesyen, siluetnya yang rendah dan reka bentuk yang ringkas tetapi elegan, Dunk Low menjadi kegemaran orang ramai kerana keupayaannya untuk digabungkan dengan pelbagai gaya.
Selain itu, Nike Dunk Low terkenal dengan kombinasi warna yang berani dan kreatif. Setiap keluaran biasanya menawarkan palet warna yang unik, daripada klasik seperti hitam dan putih kepada yang lebih eksperimen seperti gabungan pastel atau neon.