Dari koleksi beg yang diilhamkan oleh gaya Princess Diana hingga koleksi yang mewah dan penuh gaya dari beberapa jenama terkemuka, khas untuk anda gayakan di hari lebaran ini.
Dalam menyambut Lebaran yang penuh kegembiraan, EH! telah menyusun beberapa pilihan tas tangan mewah yang akan menambah elegansi pada gaya Anda. Dengan gaya yang unik dan rekaan yang eksklusif, tas-tas ini adalah pilihan yang sempurna untuk melengkapkan penampilan anda dalam menyambut suasana istimewa Lebaran.
Intai 7 Tas Tangan Mewah Pilihan EH! Lebaran Ini:
1. Kate Spade
Beg bahu Grace dari Kate Spade adalah perwakilan sempurna dari gaya yang klasik dan feminin. Rekaan yang minimalis menambahkan sentuhan elegan pada pakaian lebaran anda. Diperbuat daripada kulit, koleksi ini menggambarkan DNA jenama Kate Spade melalui penggunaan warna yang terang dan funky!
2. Celine
Beg Triomphe dari Celine sememangnya popular, terutama apabila digayakan oleh K-Pop Idol popular, Lisa Blackpink. Triomphe menawarkan gaya yang anggun dan bergaya, dengan pelancaran tiga warna baharu, Rose, Light Stone, dan Pale Blue, beg ini bukan Sahara sesuai untuk kegunaan harian malah, gaya di pagi raya! Ia boleh dipakai merentas badan atau sebagai beg bahu. Tekstur kulit yang mewah, memberikan kemasan eksklusif yang unik dan gaya yang timeless!
3. FENDI
Beg Origami dari FENDI adalah pilihan yang sempurna untuk melengkapkan busana kurung anda. Dengan gaya yang elegan dan feminin, beg ini direka untuk menyerlahkan keanggunan anda pada hari istimewa. Anda boleh memilih dari pelbagai warna cerah dan berani seperti pastel light blue, ‘gianduia’ brown, slate blue, vitaminic yellow dan lava red yang sesuai dengan tema kegembiraan dan keceriaan Hari Raya.
4. Versace
Diperkenalkan di Milan Fashion Week, Versace hadir dengan beg tangan yang terinspirasi oleh gaya beg tangan Princess Diana. Diperbuat daripada kulit haiwan yang eksklusif. Bahagian dalamnya dilapisi dengan kulit kambing yang mewah, sementara Medusa, lambang Versace, menonjol sebagai perincian logam yang kuat dan ikonik. Sesuai untuk gaya Hari Raya, koleksi ini mempersembahkan kesan mewah dan penuh gaya.
5. Bulgari
Sesuai untuk gaya lebaran anda, tambahkan sentuhan elegan pada penampilan anda dengan koleksi berharga dari Bulgari, kemasan berkilat pale pink quartz pure karung pada serpenti forever top handle mini menonjol dengan coraknya yang halus. Proses pembuatannya melibatkan pelunturan livery semula jadi untuk mencapai kesan warna yang serupa, manakala rupa berkilat diperoleh melalui rawatan khusus yang dipanggil “Lissage.”
6. AIGNER
Sentuhannya yang glamor dan mewah, Tas tangan Alona Sparkle dari AIGNER mengilhamkan keanggunan dengan lapisan satin hitam yang mewah dan ratusan rhinestones yang berkilauan yang diletakkan dengan teliti. Beg ini tidak hanya menarik perhatian, tetapi juga menambah sentuhan kemewahan pada gaya di pagi syawal anda.
7. Longchamp
Vibrant dan timeless, warna-warna yang tersedia dalam koleksi Roseau dari Longchamp menambahkan sentuhan keanggunan pada setiap penampilan terutama di Hari Raya ini. Dengan warna-warna yang berani dan bergaya, koleksi beg Roseau adalah aksesori yang sempurna untuk menonjol pada setiap acara, santai dan rumah terbuka Aidilfitri.
Artikel Berkaitan: 5 Item Mesti Isi Dalam Tas Tangan Kala Ke Rumah Terbuka