Sesuai kepada sesiapa yang cepat bosan dengan gaya sendiri atau mahu menukar gaya untuk up your game, bugdet-friendly tapi still dijamin menarik perhatian semua orang.
Gaya bukan sahaja tentang pemakaian tetapi juga untuk menaikkan keyakinan diri anda sebab kalau pakaian cantik, mood pun okay! Upgrade gaya anda dengan pilihan thrift store yang unik, berani dan mesra poket.
Treasure hunting, tapi versi fesyen! Thrift store kini jadi spot kegemaran generasi stylish yang gemar bereksperimen dengan gaya. Pilihan thrift store, atau bundle yang bijak sangat penting untuk kita bandingkan harga, kualiti dan stail yang kita mahukan.
Dengan harga mesra poket dan pilihan yang tak dijangka, EH senaraikan 7 thrift store yang patut diselami.
Gabungan unik antara jenama jalanan (H&M, Zara, Uniqlo), jenama lokal Malaysia yang independent, hinggalah barang vintaj yang terpilih, Hello Looop merupakan antara thrift store yang sesuai untuk jiwa muda yang suka pakaian berkualiti tetapi budget-friendly.
Keistimewaan LOOOP ini adalah mereka dipercayai tidak mengambil sebarang baju tetapi hanya memilih pakaian yang masih elok, cantik, satu masa dengan trend dan baju yang masih nampak dalam keadaan baru. Bukan hanya untuk membeli baju, LOOOP juga menyediakan perkhidmatan menerima baju dan menjualkannya semula, dengan komisen sendiri mengikut baju yang terjual.
Yang menariknya, kepada yang sensitif kepada habuk, tidak perlu risau kerana kedai ini dijamin sangat bersih dan tidak berhabuk terutamanya cawangan di Damansara Kim dan SS18, ibarat masuk kedai mewah.
Tempat Kita
Tempat Kita Thrift Store sering menjadi pilihan pencinta fesyen yang mahukan pengalaman thrifting yang lebih terkurasi dan moden. Terletak di Shah Alam, kedai ini menggabungkan konsep membeli-belah pakaian terpakai dengan suasana gaya hidup yang segar dan kontemporari.
Menampilkan koleksi handpicked, setiap helaian dipilih dengan teliti—daripada blaus, knitwear hingga skirt dan kemeja, yang kebanyakannya datang daripada jenama popular seperti Uniqlo, Muji dan Zara. Hasilnya, bukan sahaja kita berpeluang mendapatkan item berkualiti pada harga mesra poket, tetapi juga tampil dengan gaya yang lebih refined dan effortless.
Meiisa Wear
Meiisa Thrift Store antara destinasi popular untuk mendapatkan baju kurung, kebaya dan baju Melayu pre-loved berkualiti tinggi pada harga bawah RM100.
Turut menawarkan sistem “cash out”, kedai ini membeli pakaian terpakai secara terus dengan bayaran tunai segera. Koleksi wanita pula menampilkan gaya clean girl dan minimalis yang tampak seperti baharu.
Menariknya, konsep gabungan kafe dan kedai menjadikan pengalaman thrifting lebih santai, lengkap dengan pilihan harga serendah RM10–RM20 yang mesra bajet.
Beyond Encore menawarkan pengalaman thrifting yang lebih eksklusif dengan suasana butik yang cozy dan tersusun rapi. Terkenal dengan stail yang ready-to-wear, setiap helaian dipilih teliti dan kebanyakannya kelihatan seperti baharu dan bersih.
Fokus kepada gaya minimalis dan estetik, koleksinya merangkumi knitwear, blaus dan skirt yang sesuai untuk penampilan harian ataupun gaya pejabat. Terletak sebagai hidden gem, ruangnya yang tenang serta susun atur mengikut warna memudahkan pencarian baju untuk jimat lagi masa kerana selalunya bundle biasa akan mengambil masa berjam-jam untuk mencari pakaian yang kita suka.
Walaupun kualitinya setaraf butik, harga masih mesra poket dengan item bermula sekitar RM15–RM40.
RedChilli
Selain thrift store di Kuala Lumpur, Redchilli Vintage Store merupakan antara kedai thrift baju paling popular di Johor Bahru, terkenal dengan suasana estetik dan insta-worthy. Koleksinya bersifat curated, menampilkan streetwear daripada jenama seperti Stussy, Diesel, Harley-Davidson dan Ralph Lauren, termasuk item vintage dan era Y2K yang sukar ditemui.
Dikenali dengan pilihan T-shirt grafik rare serta suasana kedai yang wangi dan selesa, pengalaman thrifting di sini terasa lebih premium. Seiring kualitinya, harga juga sedikit tinggi, sekitar RM30 hingga RM80, dengan item rare mencecah RM500 ke atas.
Okgo
Okgo Store merupakan antara OG thrift store di Lembah Klang yang terkenal dengan stail “cool kid” dan kualiti yang konsisten. Pakar dalam gaya heritage dan workwear, kedai ini menampilkan jenama ikonik seperti Dickies, Carhartt, Levi’s dan Dr. Martens, sesuai untuk pencinta gaya lasak dan timeless.
Dengan pilihan unisex yang luas, kualiti Grade A serta susun atur minimalis yang kemas, pengalaman membeli di sini terasa lebih effortless dan mudah. Tambahan pula, aksesori unik seperti topi vintaj dan beg turut dapat menambah melengkapkan gaya anda.
Del’cs Retail
Del’cs Retail merupakan antara kedai thrift terkurasi ikonik di Taman Paramount yang sinonim dengan gaya IT girl dan trend semasa.
Terkenal dengan estetik Y2K, koleksinya merangkumi baby tees, skirt mini dan aksesori trendy yang mencuri perhatian. Kedai ini juga memberi ruang kepada jenama tempatan serta menampilkan label sendiri, DEL’CS WORLD, dengan item fesyen yang sering menjadi pilihan.
Dengan ruang serba putih yang Instagrammable, lengkap dengan sudut foto dan aktiviti pop-up menarik, Del’cs menawarkan pengalaman thrifting yang lebih kreatif dan berbeza.
Baca: Satu Fantasi! Koleksi Kapsul Kedua Ariana Grande & Swarovski Dilancarkan
