Loafer ialah kasut versatil yang sesuai untuk kedua-dua jantina, mudah digayakan, selesa dipakai, dan sentiasa nampak bergaya. Kami kongsikan jenama kasut loafer lokal yang semakin popular dan patut anda cuba.
Dalam dunia fesyen yang serba pantas, kasut loafers terus menjadi pilihan ramai kerana gayanya yang versatil, selesa dan mudah dipadankan. Sama ada anda wanita bergaya moden yang mahu tampil chic atau lelaki berkarisma yang sukakan gaya maskulin minimalis, loafers adalah pilihan kasut yang sesuai untuk kedua-dua jantina.
Kini, semakin banyak jenama tempatan tampil dengan rekaan loafer yang bukan sahaja berkualiti tinggi, malah menepati cita rasa pengguna moden. Daripada rekaan klasik kulit ke sentuhan kontemporari yang berani, berikut adalah lapan jenama kasut loafer lokal yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia, untuk lelaki dan wanita yang ingin melangkah penuh gaya.
Nose

Jenama lokal yang terkenal dengan koleksi kasut wanita yang elegan, termasuk loafers bergaya moden. Nose menjadi pilihan ramai wanita bekerja kerana rekaannya yang profesional tetapi tetap selesa untuk dipakai seharian.
Milliot & Co.

Dikenali dengan gaya feminin dan moden, Milliot & Co. menawarkan pilihan loafer wanita yang bergaya tetapi tetap mesra poket. Sesuai untuk pemakaian kasual ke pejabat atau hujung minggu santai.
Aegis

Aegis menampilkan rekaan kasut yang sleek dengan aura maskulin moden. Koleksi loafers mereka cukup unik, ideal untuk lelaki urban yang mahu tampil kemas, sama ada di pejabat mahupun dalam gaya harian. Walaupun direka khusus untuk lelaki, wanita yang gemarkan gaya androgini juga pasti boleh menggayakannya dengan penuh keyakinan.
Unrequited
Jenama fesyen yang semakin menyerlah dengan pendekatan kontemporari dan uniseks. Loafers dari Unrequited tampil dengan rekaan edgy, sesuai untuk mereka yang mahu keluar dari zon selesa.
Zeve

Zeve ialah jenama yang menumpukan pada kasut lelaki bergaya mewah dengan harga mampu milik. Koleksi loafers mereka sesuai untuk majlis formal mahupun harian, dengan material berkualiti dan rekaan moden.
Choctop
Dengan sentuhan kasual dan playful, loafer dari Choctop sesuai untuk generasi muda yang inginkan sesuatu yang ringan dan mudah digayakan. Beberapa rekaan juga sesuai untuk wanita.
Lanbaharin

Jenama mewah tempatan ini menawarkan gaya eksklusif dan elegan. Loafer Lanbaharin menonjol dengan rekaan unik dan classy, sesuai untuk mereka yang sukakan kelainan dan kualiti tinggi.
Tomaz
Antara jenama kasut tempatan paling popular, Tomaz terkenal dengan loafer kulit berkualiti tinggi untuk lelaki. Kini mereka turut mengembangkan koleksi wanita, menjadikan jenama ini serba lengkap dan versatil.