Calvin Klein hari ini melancarkan kempen terbaharunya yang menampilkan bintang K-pop tersohor, Mingyu. Ahli kumpulan Seventeen popular ini dipersembahkan dalam himpunan musim luruh 2025 yang dirakamkan oleh lensa jurugambar, Torso.
Sebaik kempen terbaru Calvin Klein ini dilancarkan apda 19 Ogos, garis masa media sosial dipenuhi dengan muat naik foto dan video kempen ini. Dengan aura santai namun penuh karisma, Mingyu membangkitkan pesona denim ikonik Calvin Klein yang kini diberi nafas baharu melalui grafik yang berani, gaya dan ton sepadan, serta eksperimen lapisan (layering) yang memikat bersama padanan asas yang menyempurnakan lagi ilham suai padan.
Mingyu dalam satu temubual sebelum ini pernah berkata, “Calvin Klein adalah satu jenama yang semua orang suka tanpa mengira usia.”
Antara sorotan utama musim ini ialah denim dengan cetakan CK Emblem, yang menafsir semula monogram ikonik jenama ini menjadi corak cetakan yang lebih menyeluruh, sekaligus memberikan sentuhan grafik yang segar pada celana denim dan jaket trucker.
Potongan 90s Straight Jean yang ikonik kembali dengan gaya cucian vintaj dan gelap, termasuk ton indigo pekat, dilihat sesuai diperagakan dengan kemeja butang longgar atau baju-t logo untuk gaya moden yang santai.
Slim Jean pula tampil dengan potongan sendat yang melekap siluet badan, mudah dipadankan bersama tank klasik dan windbreaker, menghasilkan gaya berlapis yang lebih sharp.
Menerusi kempen ini juga, Mingyu dilihat turut menggayakan Carpenter Jean direka dengan struktur tegas serta sentuhan inspirasikan kerja, manakala 90s Taper Jean dipersembahkan dengan potongan kemas yang menemukan stail klasik dengan kontemporari.
Koleksi musim luruh Calvin Klein 2025 sudah mula berada di pasaran dan juga secara dalam talian di Calvin Klein.
BACA: