Calvin Klein menghangatkan kembali gaya potongan denim lurus ala 90-an, dan Aedy Ashraf, Mimi Lana dan Nia Atasha menambah hangat gaya ini.
Pin-up hitam putih Kate Moss dan Mark Wahlberg dalam gaya yang seksi dan playful terus terimbas di minda saat membayangkan denim potongan lurus kembali hidup di arus trend semasa. Imej-imej ciptaan Calvin Klein ini sungguh ikonik seiring dengan gaya dan stail denim yang mereka pelopori.
Tanda pagar #mycalvins terus trending dalam muat naik gaya semasa. Stail menampakkan celana dalam dengan label Calvin Klein berpadanan dengan denim sedikit londeh kini kembali. Koleksi terkini Calvin Klein menojolkan gaya praktikal dan versatil mereka, 90’s Straight Jeans menjadi key highlight, potongan klasik untuk penggaya moden. Potongan denim gaya 90-an tampak terletak di pinggang, tidak terlalu labuh atau tinggi dan potongan kakinya longgar. Gayanya bersahaja, selesa dan mudah dalam pergerakan.
Merancakkan koleksi denim terbaru Calvin Klein ini, aktor Aedy Ashraf serta aktres Mimi Lana juga model-pelakon, Nia Atasha digayakan dalam suai padan koleksi luruh/dingin Calvin Klein.
Aedy ditampilkan dalam dua gaya, satu dalam gaya ringkas sekadar berbaju-t putih dan denim, gaya harian yang sangat bersahaja. Dalam penampilan kedua kami pakaikan aktor ini dengan dalam padanan asas serba putih dan gayanya dihidupkan dengan jaket denim tebal.
Mimi Lana, figuranya kurus dan tinggi lampai, memang cantik menggayakan apa sahaja. Denim potongan 90-an Calvin Klein nampak terletak saat dia menyarungnya, tambah cool dengan padanan baju crop-top dan jaket puffer. Untuk gaya kedua, Mimi masih dalam padanan ton serupa, warna beige dan putih, baik pada jaket, seluar jean dan outerwear.
Hot girl, Nia Atasha mendefinisi seksi dan chic dalam gayanya. Dia menggayakan dua stail denim berbeza, yang pertama potongan lurus dalam warna hitam, dan untuk gaya keduanya dia memilih celana denim koyak, mengekspresi gaya yang sangat cool.
Meraikan kehadiran koleksi ini, Calvin Klein turut membina pop-up di perkarangan pintu masuk Pavilion KL. Pop-up ini turut memaparkan imej-imej selebriti dan personaliti tempatan dalam padanan Calvin Klein. Selain potongan lurus 90-an, Italian Denim dan Ultimate Stretch juga dijadikan highlight.
Pop-up ini menanti anda sehingga 13 November ini. Semua pengunjung berpeluang menerima cenderahati dan baucar RM100* di butik Calvin Klein, aras 4 Pavilion Kuala Lumpur.
*Berdasarkan syarat yang ditetapkan.