Dikenali sebagai ‘godfather of Malaysian hip hop’, Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, menyifatkan kolaborasinya dengan Adidas Originals sebagai langkah penting membuka ruang lebih luas untuk bakat seni tanah air di peringkat antarabangsa.
“Superstar adalah tentang menjadi diri sendiri, berani menonjol dan memberi inspirasi kepada orang lain. Saya berbangga dapat mewakili Malaysia dalam gerakan global ini dan berkongsi pentas bersama generasi bakat tempatan yang seterusnya,” kongsi Joe Flizzow.
Superstar, kasut ikonik adidas Originals yang lahir daripada sukan bola keranjang sebelum menjadi simbol fesyen jalanan, kembali mencuri perhatian dengan kempen global terbaharu. Di Malaysia, kempen ini diperkuat dengan penglibatan Joe Flizzow, yang diiktiraf sebagai godfather of Malaysian hip hop, sebagai wajah utama.
Pelantikan Joe menandakan lembaran baharu buat budaya jalanan tempatan, di mana nilai keberanian, ekspresi diri dan komitmennya terhadap komuniti selari dengan identiti adidas Originals. Sepanjang kempen, Pavilion Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada Superstar Pop-up dari 27 Ogos hingga 1 September lalu, yang menampilkan persembahan artis tempatan seperti DOLLA, Lil J dan Elva Suyan di samping aktiviti interaktif seperti Superstar Soundbooth, basketball shootout, dan Dance Dance Revolution.
Mereka yang membeli kasut Superstar (RM569) atau koleksi Firebird Track Top (RM429) dan Track Pants (RM399) di stor adidas terpilih termasuk Pavilion KL dan The Exchange TRX, turut menikmati kopi percuma di Superstar Café serta menerima kit istimewa untuk menyesuaikan kasut Superstar atau koleksi Firebird mereka secara eksklusif (selagi stok masih ada).
Baca:
Gaya Para Selebriti di MTV VMAs 2025
Gaya Karpet Merah Paling Mencuri Tumpuan di Venice Film Festival 2025