Personalized For You: Pelancaran aplikasi Nike di Asia Tenggara Khas Buatmu!
Ini berita terkini mengenai jenama gaya hidup yang sering mendapat perhatian umum. Pantas dengan transformasi digital di Asia Tenggara dan India (SEA & I), Nike melancarkan aplikasi terkini iaitu platform yang memberikan akses peribadi terbaik kepada ahli Nike. Aplikasi ini percuma ini dilancarkan 7 Julai 2021 (semalam) di Singapura, Thailand, Filipina, Malaysia, India, Taiwan dan Vietnam.
Nike kekal relevan seiring dengan teknologi digital, keupayaan dan inovasi baru. Aplikasi Nike menghubungkan ahlinya dengan produk, panduan, ganjaran dan pengalaman, semuanya disesuaikan dengan mengikut minat dan pilihan masing-masing. Segalanya mudah di hujung jari, ahli menerima cadangan produk berdasarkan perkara yang mereka sukai, ditambah proses pembayaran cepat lagi selamat.
Baca: Nike React Escape Run, Pelengkap Aktiviti Sihat
Ekosistem Nike yang sedang berkembang di SEA & I membolehkan pengguna berbelanja mengikut minat mereka tidak kira masa dan di mana sahaja. Pengguna boleh shopping di Nike stores dan Nike partner stores, serta dalam talian melalui aplikasi Nike.com, Web SNKRS dan kedai rasmi Nike dengan rakan digital, seperti Lazada. Nike juga membantu menjadikan sukan sebagai rutin harian melalui aplikasi aktiviti Nike Run Club (NRC) dan Nike Training Club (NTC).
Hendak tahu faedah ahli melalui Aplikasi Nike ini? Slide ke sebelah: