Hari Raya bukan sekadar tentang busana yang indah, tetapi juga tentang bagaimana anda melengkapkan penampilan dengan aksesori yang tepat.
Aksesori merangkumi pelbagai kategori, dari perhiasan dan kasut hingga tas tangan. Selain berfungsi secara praktikal, aksesori juga mampu menyerlahkan gaya peribadi serta melengkapkan penampilan anda.
Di Hari Raya, aksesori memainkan peranan penting dalam menyempurnakan penampilan. Sepasang anting-anting yang elegan, selendang berhias, atau beg tangan yang serasi boleh menjadikan persalinan Raya lebih memukau. Dengan pemilihan aksesori yang tepat, penampilan anda bukan sahaja lebih menarik tetapi juga mencerminkan keperibadian dan cita rasa fesyen anda.
Terdapat pelbagai jenis aksesori, tetapi dalam artikel ini, EH! akan memberi tumpuan kepada lapan aksesori utama.
Rantai
Rantai memainkan peranan besar dalam menyerlahkan penampilan. Rantai labuh dengan rekaan klasik atau moden boleh memberikan elemen anggun pada baju kurung atau kebaya.

Jika anda inginkan sesuatu yang lebih menangkap mata, pilih rantai yang mempunyai “buah” besar.

Gelang
Gelang juga antara aksesori yang wajib disarung pada Hari Raya. Bagi yang sukakan gaya yang bold, bangles adalah pilihan tepat.

Gelang emas atau mutiara pula untuk gaya lebih minimalis dan anggun.

Anting-Anting
Anting-anting boleh menjadi aksesori yang menonjol. Pilihan seperti anting-anting berona emas, kristal, atau rekaan minimalis mampu menaikkan lagi keanggunan wajah dan penampilan keseluruhan.

Aksesori Rambut


Cincin
Cincin adalah aksesori yang paling underated, tetapi ia boleh menjadikan penampilan kelihatan lebih glamor tanpa memerlukan banyak usaha.

Untuk lebih menyerlah, cincin chunky juga cantik sebagai pelengkap gaya.

Tas tangan
Tas tangan bukan sahaja berfungsi sebagai tempat menyimpan barang keperluan seperti telefon, lipstik, dan sampul duit raya, tetapi juga sebagai pelengkap gaya. Clutch berwarna neutral memberi sentuhan elegan, manakala tas tangan berwarna cerah boleh menjadi penyeri keseluruhan outfit Raya anda.


Sepatu
Sepasang sepatu yang sesuai akan memastikan anda tampil bergaya sepanjang hari. Untuk gaya glamor dan agak mahal, kasut tumit runcing bahagian hadapan adalah pilihan terbaik.

Tetapi jika ingin tampil lebih selesa, anda juga boleh padankan flats yang sesuai dengan busana anda.

Selendang
Jika anda mengenakan hijab, selendang dengan perincian seperti manik atau sulaman halus boleh menaikkan seri wajah.

Jika tidak bertudung juga apa salahnya untuk kenakan selendang dengan busana anda kerana ia bukan sahaja menambah sentuhan sofistikated, tetapi juga memperindah penampilan dengan elegan.

Memilih aksesori yang sesuai untuk Hari Raya bukan sahaja menjadikan penampilan lebih menarik tetapi juga memberi keyakinan untuk menyambut lebaran dengan penuh gaya. Jadi, pastikan anda melengkapkan busana Raya dengan aksesori yang tepat agar tampil lebih memukau!