Saban tahun Vivienne, maskot liburan Louis Vuitton akan mempunyai satu ekspedisi hujung tahunnya yang tersendiri untuk menghiasi koleksi aksesori kulit. Tahun lalu, dia terbang keliling dunia dan kini Louis Vuitton melancarkan Vivienne Holiday 2020 dengan semangat pesta karnival!
Corak monogram dalam rona ikonik Louis Vuitton ditambah selera unik dengan motif Vivienne yang segar dalam rona pop seperti merah jambu juga biru. Kelihatan motif Vivienne yang asyik menikmati aktiviti karnival seperti menaiki ferris wheel, kereta langgar dan roller coaster digandingkan bersama ikon corak Louis Vuitton.
Koleksi Holiday 2020 oleh Louis Vuitton ini hadir dalam aksesori bermaterial Monogram dan Damier Ebene. Dimensi kreatif aksesori kulit Vivienne ni membiaskan lagi rasa segar untuk wanita yang berjiwa bebas!