Teks : Muzammin Muzlan
Musim bunga/panas 2018 ini, Swarovski menghadirkan rangkaian aksesori yang mekar berwarna dalam menyinari gaya glamor moden dan feminin bak pelangi.
Tampil dengan koleksi terbaru yang bersinar bak pelangi nan magikal, Crystal Rainbow Collection yang hadir meraikan warna dan kreativiti bersempena ketibaan musim bunga/panas tahun ini.
Koleksi kali ini ia direka penuh unik, serta menggunakan kepelbagaian pilihan rona yang terang, desain yang cukup glamor moden dan sangat feminin.
Namun, ia masih mengekalkan konsep #BrillianceforAll, Pengarah Kreatif Swarovski, Nathalie Colin memilih tema Rainbow Paradise dalam eksplorasi rekaan yang lebih versatil dengan menampilkan potongan batu Swarovski yang akan meningkat gradasi, tone-on-tone dan blok warna pada pilihan warna pastel mahupun terang.
Rangkaian aksesori terbaharu Swarovski yang shine bright like diamond ini pasti dapat menyempurnakan gerobok wanita moden yang mahu mencuri perhatian ramai tetapi dalam masa yang sama masih kekal muda dan segar.
Dengan hanya dipadankan bersama busana polos atau sarat glamor sudah cukup dapat menyerlahkan lagi look anda. Pemilihan warna pula cukup eksklusif seperti merah jambu menjerit, kuning berkilau, hijau tropikal dan biru sebenar menjadi pilihan pada setiap desain yang mudah padan untuk ekspresi personaliti si pemakai.
Benar, setiap rona mempunyai mesej dan emosi tersendiri, jadi hanya gayakan rangkaian Swarovski musim ini yang boleh membiaskan sisi positif dan keceriaan dalam menonjolkan gaya wanita kontemporari masa kini.