Siapa yang tak suka minum Coca-Cola? Lebih-lebih lagi dalam cuaca panas ketika ini. Berita baik bagi penggemar minuman tersohor seluruh dunia ini, LeSportsac, jenama gaya hidup yang diasaskan pada 1974 oleh Melvin and Sandy Schifter, menjalin kolaborasi bersama jenama minuman ikonik Coca-Cola untuk sebahagian himpunan musim bunga 2020. Cetakan logo juga botol atau tin Coca-Cola mendominiasi material setiap rekaan koleksi LeSPortsac ini, dan kesemuanya ada 16 rekaan untuk dipilih.
Antara yang kami di EH! suka ialah beg galas dengan cetakan logo Coca-Cola dalam ton senada (hitam pusam dan kilat) dan ada juga dalam warna merah. Begitu juga dengan beg silang berzip yang hadir dalam gaya serupa, nampak cukup praktikal. Bagi yang mahukan sesuatu yang lebih quirky, LeSportsac hadir dengan pouch persis tin Coca-Cola, gaya yang cukup statement jika anda bergaya ringkas, baju-t putih bersama celana denim misalnya.
Himpunan ini sudah berada di butik LeSportsac termasuk di Pavilion dan boleh juga dibeli secara atas talian di lesportsac.my dan Shopee.