Puma Malaysia menampilkan dua personaliti terkenal, Cik Manggis dan Yvonne Chua dalam satu kempen video sempena pelancaran kasut sniker terbaru RS-X Trophies berwarna Rose Gold.
RS-X Trophies Rose Gold ini mula diperkenalkan secara global serata Asia Tenggara dan peragawati terkenal, Liu Wen sebagai wajah kempen untuk koleksi ini. Rekaan versatil dan sesuai dengan gaya hidup serba stylish menjadi interprestasi idea dalam pengayaan untuk sudutan video lookbook oleh Cik Manggis dan Yvonne Chua. Antara idea menarik seperti Urban Feminity, Fun & Sassy, Street Ready dan Edgy Classic.
Kembali ke era kegemilangan 80-an, PUMA mencipta inovasi yang berkualiti tinggi dalam Running System (RS) dan kini ia diolah kepada lebih ekstrem dalam menggabungkan duo elemen teknologi masa depan dan era terdahulu. Siluet kasut mengambil inspirasi daripada OG yakni gabungan rekaan yang bulky, campuran material dan pilihan warna yang bold!
RS-X Trophies Rose Gold bakal menangkap pandangan mata wanita moden yang gemar dalam gaya yang stylish dan versatil. Sesuai digayakan secara kasual hinggalah formal. Malah, sesuai untuk wanita yang punya personaliti yang berbagai. Kasut sniker RS-X Trophies Rose Gold bernilai RM 565 dan boleh didapati di semua outlet PUMA, 100 % di Lot 10, AWLAB, CrossOver, JD Sports, Life Habitat Aman Central dan di laman rasmi @Puma.com