‘The Best Stories Happen in Jeans’ adalah nama kempen terbaru jenama denim tersohor dunia, LEE Jeans. Menonjolkan aktor tampan dari China, Zhang Linghe sebagai wajah rasminya, kempen ini mengangkat tema erti kebebasan dalam kehidupan.
Kalau ditanyakan pada saya apa matlamat hidup atau life goals saya, saya akan kata saya mahu gembira dan ‘carefree’. Biarpun agak mustahil untuk memiliki kehidupan yang carefree secara total, namun saya percaya ada jalan dan cara untuk meminimumkan rasa gusar dan risau yang sering saja singgah membuat kita tertekan. Jadi bila LEE Jeans melancarkan kempen ‘The Best Stories Happen in Jeans’ ini, ia membuatkan saya teringatkan akan life goals saya itu.
Kempen ini mahu kita mendefinisi sebuah keseronokan dalam kehidupan, hidup yang lebih spontan tanpa terikat dengan perancangan tertentu. Buatlah apa yang akan menggembirkan diri, mahu memandu tengah malam sambil mendengar lagu-lagu favourite, road trip, makan aiskrim kala hujan lebat, buatlah.
Bagi Lee Jeans, denim bukan sekadar pakaian, ia adalah pasport ke dunia pengembaraan urban, direka untuk mereka yang bebas bergerak menelusuri perjalanan hidup penuh kejutan. Kempen ini mengajak semua untuk “sarungkan jean dan biarkan spontaniti memimpin” kerana cerita dan pengalaman terbaik sentiasa terjadi kala kita menyarung denim.
“Saya sentiasa rasa bebas dan tidak terbatas setiap kali memakai jeans LEE. Ia benar-benar mencerminkan personaliti saya, saya tidak suka dikekang. Adegan di rooftop semasa penggambaran sangat menghidupkan semangat itu, berada di atas bumbung bersama teman-teman, terasa bebas sepenuhnya, dan memakai jeans Lee menjadikan segalanya lebih santai serta jujur kepada diri saya,” kata Zhang Linghe.
Jika diperhatikan, Zhang Linghe menyarung Retro Straight jeans yang mempunyai suntikan gaya vintaj bersentuhan ilham moden, menampilkan potongan pinggang tinggi dan lurus. Fit versatil ini sesuai dipadankan dengan pelbagai gaya.
Kotak Hadiah Eksklusif: Pengalaman Bersama Zhang Linghe
Sebagai sebahagian daripada kempen, LEE Jeans memberi penghargaan kepada para peminat dengan Kotak Hadiah Eksklusif Zhang Linghe, boleh didapati dengan pembelian minimum di semua butik rasmi Lee seluruh negara. Direka sebagai item koleksi, set ini bukan sahaja meraikan semangat kempen, tetapi juga memberi peminat cara istimewa untuk berhubung dengan Zhang Linghe sebagai wajah rasmi LEE Jeans Asia Pasifik.
Klik pautan INI untuk mengetahui butik LEE Jeans berdekatan dengan anda
BACA: Angsa dan Kota Vienna, Inspirasi Koleksi 130 Tahun Swarovski