Teks : Julia Azman
‘Sexy is me!’ Elvina Mohamad tidak kekok dalam beraksi sensual nan penuh godaan. All eyes on her.
1. Siapakah ikon seksi anda?
Selebriti punya tubuh badan seksi, Kim Kardashian. Bagi saya, dia punya pakej yang lengkap! Buang kisah trashy dia tetapi tengok cara dia menjaga tubuh badannya walaupun sudah punya anak.
2. Trend fesyen pilihan?
Saya suka akan gaya yang feminin dan sensual. Selasa dan kena dengan tubuh badan saya itulah pilihan saya. Tetapi jika spesifik saya suka dengan gaya seperti ruching atau ada perincian yang menarik.
3. Pasangan selebriti kegemaran anda?
David dan Victoria Beckham. Pasangan sejoli yang masih kekal dalam hubungan suami isteri menjadi pilihan saya. Masing-masing punya life goals tersendiri seperti saling bersaing tetapi tetap meletakkan cinta sebagai perkara utama!
4. Dalam masa lima tahun..siapakah anda?
Mungkin akan menjadi kekasih hati Prince Mateen…hahaha! Siapa sangka angan-angan boleh menjadi kenyataan.
5. Siapa girl crush anda?
Lily Collins. Dia seperti gadis luar biasa di mata saya. Sudahlah cantik malah punya personaliti cukup menyenangkan! Kalau boleh saya ingin jadi seperti dia.
6. Seksi itu adalah….
Sexy is Me… Tidak gentar untuk mencuba kerana itulah diri saya. Tetapi perlu kena dengan suasana dan siapa crowd yang berada sekeliling saya.
7. Siapa ikon fesyen anda?
Diana Korkunova. Gadis millennial dari Moscow, Rusia. Bertubuh genit tetapi setiap apa yang dia gayakan pasti kena dan kelihatan sangat cantik. She’s my fashion icon all the time.
8. Selain bergelar seorang pelakon, apa yang ingin anda cuba?
Bergelar seorang ahli perniagaan wanita berjaya dengan hasil usaha sendiri tanpa bantuan orang lain.
9. Apakah trend fesyen kurang digemari?
I’m sorry my Kpop fans, sejujurnya gaya fesyen mereka bukan untuk diri saya.
10. EH! Cungkil 6 soalan pilihan hati si cantik Elvina:
- Sudah berpunya atau belum….
Ermm..biarlah rahsia. Boleh ke?
- Destinasi honeymoon pilihan anda…
Pulau Maldives dan Venice, Itali
- Perkara paling romantik anda buat untuk pasangan…
Setakat ini suprise untuk si dia. Walaupun saya bukan orang yang romantik. Mungkin sebab ini juga saya mencari calon kekasih yang romantis.
- Hadiah paling istimewa pernah anda dapat…
Hadiah dari peminat Elvina!
- Ciri-ciri jejaka idaman…
Bertanggungjawab, family man dan paling penting memahami diri dan karier saya serta tidak PSIKO..hahaha
- Pantang anda dalam hubungan cinta…
Tidak menipu dan Trust Issue!