Teks : Razin Mohd
Bukan lagi jadi aksesori untuk memeriksa tarikh dan masa, jam tangan Fossil baharu ini juga boleh digunakan di dalam air juga mejejaki dimana anda berada.
Hari ini kita sering ditemani peranti pintar ke mana sahaja kita pergi, tidak kira telefon mudah alih, tablet, jam tangan pintar dan sebagainya, item ini kian jadi keperluan dalam hidup, baik dari segi gaya hidup, trend juga kesihatan. Meniliti hal tersebut Fossil jenama aksesori dan jam tangan sentiasa mencari jalan untuk menaik taraf jam tangannya demi kemudahan pengguna. Hari ini Fossil tampil dengan koleksi Jam tangan pintar Fossil Q generasi keempat dengan beberapa fungsi dan rekaan menarik.
Fossil percaya dengan gaya hidup urban dan aktif hari ini memiliki satu aksesori pintar yang sentiasa mendakap pergelangan tangan anda dapat membantu untuk memperbaiki gaya hidup terutamanya kesihatan. Dalam koleksi terbaru ini, Fossil padatkannya dengan kemudahan, fleksibeliti dan teknologi canggih selangkah ke hadapan dari rangkaian jam tangan pintar yang sedia ada di pasaran hari ini.
FOSSIL Q VENTURE HR & FOSSIL EXPLORIST HR
Terkenal dengan faktor fleksibeliti rekaan tali jam dan paparan dail yang boleh ditukar ganti, Fossil kali ini mengetengahkan jam tangan pintar dengan fungsi yang lebih mesra dan bakal jadi keperluan aktif anda. Apa yang menarik kali ini ia tampil dengan fungsi pemantauan kadar degupan jantung (Heart-Rate Tracking) yang boleh di set sendiri atau secara automatik. Fungsi ini boleh diekses semasa bersukan yakni dalam aplikasi aktiviti sukan Google Fit yang mana ia seterusnya merumuskan perkembangan senaman dan degupan jantung anda semasa melakukan aktiviti sihat.
Buat penggemar aktiviti luar jam tangan pintar Fossil edisi keempat ini turut hadir bersama fungsi GPS, ini adalah untuk anda memantau aktiviti di luar seperti joging, berjalan, mendaki dan juga menunggang basikal. Dalam aplikasi yang sama Google Fit, ia secara automatik menjejak lokasi anda dan jarak perjalanan semasa bersenam.
Menambah keistimewaan buat edisi terbaru ini ia juga mesra digunakan di dalam air, jadi anda tidak terlepas untuk memeriksa aktiviti sukan anda semasa melakukan aktiviti sukan di dalam air.
Antara fungsi yang dinaik taraf di dalam jam tangan serba baharu ini adalah 24 jam kuasa bateri (mengikut cara penggunaan), Qualcomm® Snaprdragon Wear™ 2100 Platform, GPS, Altimeter, Accelerometer, Gyrischope, Ambient Light dan mikrofon. Untuk keterangan lanjut sila layari www.fossil.com dan kunjugi mana-mana butik Fossil berdekatan anda.
https://www.youtube.com/watch?v=-2a_DbcGsGI
5 JAM TANGAN PILIHAN EH!