DeFam
Penampilan DeFam sedondon rona silver, tiga ahli ini dengan look yang menangkap mata! Azira menyarungi baju lengan panjang bersama korset putih diluar dan skirt rambu-ramba. Dipadankan dengan topi besar dan kasut tumit tinggi, gaya Azira ini paling menonjol kerana head gearnya!
Sophia pula menggayakan sut songket bersama tali leher, dipadankan dengan rambut tocang, high boots, sarung tangan dan makeup dipenuhi manik satu muka. Cik Manggis menggayakan outwear yang bergemelapan dipadankan dengan boots tumit tinggi dan tudung juga yang berwarna silver.