Bintang karpet merah baharu, Anya Taylor-Joy menambah sensasi old hollywood glamor dengan sentuhan cukup cute!
Anya Taylor-Joy bijak menggunakan apa yang dimiliki untuk mendatangkan kebaikan padanya. Dia yang berkulit putih gebu dengan rambut perang putih, memilih gaun serba merah jambu buat hadir ke tayangan perdana filem lakonannya Last Nigh In Soho di Festival Filem Antarabangsa Venice. Law Roach, selaku penata gaya buat pelakon ini meminjam gaun merah jambu daripada Dior. Gaun adibusana ini pula lengkap dengan topi bernet, memberi aura old Hollywood glamor.
Selaku duta baharu Tiffany & Co. dia pastinya disaluti dengan barang kemas terbaik jenama Amerika itu. This English Rose nampak mewah dengan rantau Monarque daripada koleksi Schlumberger, subang juga daripada koleksi yang sama. Taylor-Joy juga menggunakan cincin Tiffany T untuk melengkapkan aura Barbie di permaidani merah Festival Filem Antarbangsa Venice
Sebelum tayangan utama ini, Taylor-Joy membuat kemunculan lain di Venice. Pertama tiba dengan gaun Rodarte daripada himpunan musim luruh 2021. Pilihan rona merah jambu dengan corak bunga membuatkannya nampak manis. Lengkap dengan kasut Giuseppe Zanotti. Barang kemas Tiffany & Co.
Pautan Berkenaan: ‘FIERCE & UNAPOLOGETIC’-Kunci Gaya H&M Studio AW21