Bosan dengan motif cetak dan floral? Untuk musim luruh 2013 ini fesyen ‘monochromatic’ mengambil tempat di pentas peragaan dengan padanan warna sedondon dari atas ke bawah. Beberapa tip untuk anda yang ingin menggayakan fesyen ini.
Gambar: blog.julep.com
Bagi variasi dalam keseluruhan gaya anda, padanan beberapa ton warna yang sama dalam satu gaya. Cukup sekadar satu jaket berwarna gelap atau clutch bercetak.
Gambar: nanciemwai.com
Campuran tektur dalam satu gaya seperti top baldu atau jaket labuci mampu memberikan impak dalam penggayaan anda.
Gambar: divinecaroline.com
Bosan dengan warna senada dari atas kebawah? Padankan item statement seperti rantai dan kasut yang sepadan.