Setiap anggota BTS mengayakan satu jenama khusus sepanjang persembahan mereka di BTS World Tour ‘Arirang’ Paris yang berlangsung minggu lalu. Jom soroti siapa pakaia apa.
Setakat Mei tahun ini, BTS World Tour ‘Arirang’ mencatat rekod sebagai tiket konsert paling banyak dibeli, yakni mencecah 641 ribu tiket, memecahkan rekod yang pernah dipegang oleh kumpulan Rolling Stone. Malah konsert di Paris sendiri disaksikan lebih kurang 92 ribu peminat. Konsert jelajah dunia BTS ini dijadualkan berlangsung sehingga Mac tahun hadapan, merentasi 23 buah negara seluruh dunia.
JIMIN MEMILIH DIOR
Jimin menggayakan empang pasang busana dari Dior by Jonathan Anderson. Antara key look Jimin di pentas di Paris ialah jaket berelemenkan militari dalam warna hitam bersama Seluar kulit. Jimin melengkapkan penampilannya dengan tali pinggang Medaillon yang juga kini menjadi highlight koleksi musim luruh Dior. Selain itu, baju kait wool yang dipadankan bersama denim juga menjadi perhatian.
V (KIM TAE-HYUNG) MENGGAYAKAN CELINE
Anggota BTS dengan pengikut tertinggi di Instagram (75 juta) ini dipakaikan dengan helaian dari Celine. Padanan yang paling mendapat highlight tentunya jaket kulit (lamb skin) yang diperkemas dengan sulaman keemasan. Malah V juga menggayakan dua jaket bercorak haiwan untuk kemunculan di Paris.
JIN PILIH GUCCI
Dua anggota BTS menggayakan persalinan dari Gucci untuk pementasan di Paris, salah seorangnya ialah Jin. Dia menggayakan persalinan sedondon denim yang diperindah dengan butiran kristal. Untuk satu lagi persalinan, Jin menyarung baju-t lengan panjang sarat labuci serba hitam. Aksesori dan kaca mata hitam Gucci menyempurnakan penampilan.
RM GAYAKAN GUCCI
Selain Jin, RM juga disarungkan dengan persalinan Gucci. Dia menggayakan jaket kulit hitam dan seluar kargo, lengkap dengan sarung tangan. Selain itu dia turut menggayakan tank top sarat labuci dan juga kemeja kain kapas hijau dan seluar besar.
BALENCIAGA UNTUK JUNG KOOK
Jung Kook menggayakan tujuh persalinan dari koleksi musim luruh/dingin 26 Balenciaga rekaan Pierpaolo Piccioli. Dan sepanjang persembahan Jung Kook menyarung Venom Boots dan mengenakan Boomerang Cat Sunglasses.
J-HOPE DALAM PERSALINAN LOUIS VUITTON
Jaket dengan corak timbul kulit buaya, jaket varsiti dengan taburan kristal Swarovski dan kot hitam antara helaran yang melengkapkan penampilan J-Hope di konsert jelajah BTS di Paris. Dia juga memilih but hitam LV Remix Combat dan beberapa pasang kaca mata hitam seperti LV Heritage Mask dan LV Lock.
SUGA DALAM PERSALINAN GIVENCHY
Givenchy by Sarah Burton menjadi pilihan Suga. Dia menggayakan sniper Black Puffy Yard bersama beberapa pasang helaian Givenchy yang lain, Antaranya jaket varsiti kulit dengan sulaman keemasan dan juga sedondon denim (kemeja dan seluar) juga dengan perincian sulaman keemasan.















