Seperti namanya, seperti itu jugalah pesonanya, memang penuh stail. Sempena konsert jelajah ‘Together, Together Tour’, Harry Styles memilih pelbagai jenama besar sebagai pelengkap gayanya di pentas. Terus berkolaborasi dengan stylist kegemarannya, Harry Lambert, duo ini terus mencetus pilihan gaya yang cukup stylish.
‘Together, Together Tour’, konsert jelajah dunia ketiga Harry Styles mula berlangsung awal Mei yang mana dia memilih Johan Cruijff Arena di Amsterdam sebagai lokasi pertama. Lokasi pertama ini menyaksikan persembahan Harry Styles selama enam malam sebelum dia berpindah ke lokasi lain.
‘Together, Together Tour’ ini dilancarkan sempena album terbaru Harry Styles berjudul ‘Kiss All The Time’ yang meletakkan lagu ‘Aperture’ sebagai single pertama. Selepas Amsterdam, bekas anggota One Direction ini bakal membawa pentas konsert jelajahnya ini ke London, Sao Paulo, Mexico City, New York, Melbourne dan Sydney. Ayuh lihat gaya pilihannya yang cukup flamboyant namun kemas, yang mana kebanyakan penampilannya di konsert ini tampil bertali leher.
CHANEL
Harry Lambert memakaikan Harry dengan padanan double-breasted blazer dalam material tweed, dan dipadankan dengan kemeja dan celana biru elektrik. Penampilan lebih kemas dengan padanan tali leher berjalur.

CELINE
Jacket bomber dalam material satin dipadankan bersama kemeja jed dan seluar montauk. Tarikan look ini pastinya tali leher bunga-bunga pancawarna. High top sneakers sebagai pelengkap gaya lincahnya di pentas.
VALENTINO
Padanan warna terang yang benar-benar menjadi ilham pengarah kreatif Valentino, Alessandro Michele. Harry tampil dengan blazer tanpa lapel dalam warna biru laut dipadankan dengan kemeja merah terang lengkap dengan tali leher.

PRADA
Orang kata dalam padanan jangan lebih dari tiga warna, tapi Harry boleh gayakan lebih dari itu. Biru, kuning, merah dan hitam menjadi gandingan yang cukup sempurna di pentas ‘Toghether, Together Tour’.
Tonton video muzik terbaru Harry Styles- Dance No More di bawah:




