Tanpa sentuhan kecantikan pada fesyen, gaya keseluruhan pasti akan terasa berbeza. Pertunjukan fesyen yang viral sering kali menjadi bualan apabila elemen kecantikan digabungkan, mencipta pengalaman visual yang memukau dan tak dapat dilupakan.
Fesyen adalah sebuah karya kolaboratif, dan pasukan kecantikan memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi pereka. Jurusolek, pendandan rambut, artis kuku, dan kreatif lain meningkatkan keseluruhan estetika, mengubah model menjadi seni hidup.
Kepakaran dan kreativiti mereka sering menetapkan nada dan suasana koleksi, tetapi mereka sering kali tidak dikenali. Penting untuk mengakui sumbangan mereka dan merayakan kerjasama yang menjadikan setiap pertunjukan satu pengalaman yang menakjubkan. Menghargai seluruh pasukan bukan sahaja menghormati usaha keras mereka tetapi juga menekankan hubungan antara fesyen dan kecantikan.
Balenciaga
Untuk pertunjukan musim Luruh 2023 Balenciaga, jurusolek Inge Grognard merancang reka bentuk solek. Artis drag dan transformasi Alexis Stone bertanggungjawab untuk mencipta prostetik dan perhiasan.
Bersama dengan penata rambut Gary Gill yang mengendalikan penampilan rambut, pasukan glamor ini menyusun koleksi yang mengesankan dengan karakter yang kelihatan bold untuk berjalan di pentas dengan rekaan terbaru Balenciaga. Estetika keseluruhannya dikatakan menakutkan tetapi itulah yang menyerlahkan lagi koleksi Balenciaga malam itu dan menmbuatkan orang ramai terngiang-ngiang.
PUMA
Di pertunjukan fesyen Puma untuk musim Luruh 2024 di New York, koleksi yang ditampilkan merupakan gabungan berani antara streetwear dan elemen fantasi.
Ciri yang mencolok adalah aksesori telinga elf dan tanduk oleh jurusolek Isamaya Ffrench, memberikan sentuhan fantastik kepada estetika keseluruhan.
Maison Margiela
Pat McGrath dan Minggu Couture Paris saling melengkapi, dan jurusolek legenda ini sekali lagi mencuri perhatian dengan penampilan terkininya yang viral di pertunjukan haute couture musim Luruh2024 Maison Margiela.
McGrath bukanlah orang asing dalam dunia kecantikan. Musim lalu, dia menyelubungi Doja Cat dengan kristal merah dari kepala hingga kaki, tetapi dia mungkin telah melampaui dirinya sendiri dengan mengubah model-model menjadi boneka porselin, dengan kulit yang ultracahaya dan licin, kening yang halus, serta solek berwarna-warni.
Jordan Luca
Pada pertunjukan fesyen Jordan Luca untuk musim Luruh 2025, koleksi ini merobohkan idea fesyen lelaki tradisional dengan sentuhan sofistikated, menggabungkan gaya feminin dan punk dengan daya tarikan yang tiada tandingan.
Gaya rambut yang dicipta oleh Anthony Turner semakin menguatkan semangat pemberontakan koleksi tersebut.
Diesel
Denim menjadi tema untuk koleksi SS25 terkini Diesel yang dipamerkan minggu ini semasa Minggu Fesyen Milan. Bukan sahaja denim menjadi ciri utama dalam koleksi tersebut, tetapi set pertunjukan dibina daripada lebih 15 tan sisa denim, yang akan digunakan semula untuk mencipta bahan seperti gulungan denim.
Koleksi itu terdiri daripada lebih 70 penampilan, dipadankan dengan lensa kontak yang menyeramkan.
Rick Owens
Koleksi musim Luruh/Panas 2025 Rick Owens berjudul “Hollywood,” sebagai penghormatan kepada kawasan yang ditinggalkannya untuk mencari kelompoknya. Dengan menggambarkan orang-orangnya sebagai “weirdos and freaks,” Rick Owens kini telah mengumpulkan satu komuniti dan rasa kepunyaan yang dikongsi oleh pengikut setia jenamanya.
Jurusolek, Daniel Sallstrom benar-benar menunjukkan bakatnya ke atas wajah model-model itu untuk menepati citarasa Rick Owens.
Baca: Penampilan Elegan Millie Bobby Brown Pada Hari Perkahwinannya